Layanan ‘Dine in’ Dalam Kenderaan Tak Dibenarkan, Langgar SOP

Kuching: Premis makanan yang menyediakan layanan ‘dine-in’ di dalam kereta adalah tidak dibenarkan dan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pengusaha premis yang menyediakan layanan sedemikian.

“Pengusaha premis makanan dinasihatkan supaya menghentikan layanan ‘dine-in’ di dalam kenderaan.

“Menghantar makanan secara hidangan kepada pelanggan untuk makan di dalam kenderaan mereka atau kenderaan yang disediakan oleh premis adalah tidak mematuhi SOP, yang mana hanya membenarkan bawa pulang,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan pengusaha premis makanan yang menyediakan layanan ‘park & dine’ atau dine-in di dalam kereta.

Inisiatif itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai selepas larangan untuk makan di dalam premis dikuatkuasakan.

Aidi berkata, setakat ini, sebuah premis makanan di Miri dikompaun pada Jumaat lalu kerana menyediakan layanan sedemikian.

Menjelas lanjut, beliau berkata, tindakan itu adalah melanggar SOP kerana hanya ‘take away’ dibenarkan.

Baca juga: SOP PKP 3.0 Terkini (Berkuatkuasa Dari 25 Mei 2021)

Bagaimanapun, katanya, sekiranya pelanggan membeli (take away) dan makan di dalam kenderaan mereka sendiri, ia tidak menjadi kesalahan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) sebelum ini memutuskan tidak membenarkan restoran, kedai makan, bistro, kafe, gerai makanan dan minuman beroperasi secara ‘dine-in’ (makan di kedai).

dine in dalam kereta dibenarkan

Aktiviti pembekalan dan penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran saja.

Ia adalah sebahagian daripada syarat SOP yang diperketatkan bagi mengawal penularan Covid-19 yang membimbangkan di negeri ini.

*Sumber: Astro Awani

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: