Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah di Pantai Timur, Nadma Arah Tingkat Kesiapsiagaan

Arahan itu dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang turut melibatkan beberapa agensi-agensi berkepentingan yang lain.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah diarah mengaktifkan dan meningkatkan kesiapsiagaan susulan amaran hujan lebat berpanjangan yang dikeluarkan Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia).

Arahan itu dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang turut melibatkan beberapa agensi-agensi berkepentingan yang lain.

Nadma dalam satu kenyataan berkata, pihak jawatankuasa berkenaan juga diminta memastikan setiap setiap pusat pemindahan dilengkapi keperluan asas dan aset pengoperasian yang mencukupi.

Penduduk terutama di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa. Maklumat dan amaran semasa boleh didapati di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook Public Info Banjir dan Twitter JPS Info Banjir.

MetMalaysia dalam kemas kini terbaharu pada pukul 3.50 petang ini mengeluarkan amaran peringkat merah di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu & Pahang.

AMARAN HUJAN BERTERUSAN

SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) • Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) • Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan) sehingga Jumaat, 31 Disember 2021.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) • Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh, Bera dan Rompin) sehingga Sabtu, 1 Januari 2022.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) • Perak (Hulu Perak) • Pahang (Raub dan Bentong) • Johor sehingga Sabtu, 1 Januari 2022.

II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah: Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad, 2 Januari 2022.

Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150mm dalam tempoh 24 jam.

Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60mm dalam tempoh 6 jam.

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Amaran Hujan Berterusan
Dikeluarkan pada: 3:50 petang, 30 Disember 2021

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: