Fenomena Istiwa’ A’dzam 16 Julai 2022: Semakan Kiblat Yang Tepat Di Rumah
Jangan lepaskan peluang melakukan semakan kiblat yang tepat di tempat anda sempena fenomena Istiwa’ A’dzam yang berlaku setiap tahun.
Tahukah anda apakah itu fenomena Istiwa ‘A’dzam?
Jom ketahui lebih lanjut tentang peristiwa ini dan cara semak kiblat melalui panduan di bawah.
ISTIWA’ ADZAM 16 Julai 2022
Pada Sabtu, 16 Julai 2022, tepat jam 05:27 petang, Matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.
Fenomena ini merupakan kali kedua ianya berlaku di dalam tahun 2022 selepas yang pertama pada 28 Mei 2022 yang lalu.
Pada ketika kejadian, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah.
Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi.
Istiwa’ utama Matahari atau Istiwa A’zam di Kaabah merupakan fenomena Matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa’.
Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun apabila nilai sudut istiwa’ Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah (Kaabah).
Apabila Istiwa utama Matahari berlaku, bayang-bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah.
Inilah masa yang sesuai untuk menandakan dan membuat semakan arah kiblat.
Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat walau di mana sahaja pada tarikh tersebut.
Fenomena ini akan berlaku dua kali setahun iaitu pada :
- 28 Mei pada jam 5.16 petang waktu tempatan. (27 Mei jika tahun lompat)
- 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan. (15 Julai jika tahun lompat)
Maka sesiapa yang ingin menyemak arah kiblat di kediaman, pejabat atau dimana-mana premis, bolehlah melakukannya pada tarikh dan masa tersebut.
PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT
Bagaimana cara membuat semakan kiblat?
Tempat yang dipilih untuk tujuan semakan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
Anda boleh melakukan semakan kiblat dengan tatacara berikut:
BAHAN / PERALATAN YANG DIPERLUKAN:
- Kayu lurus (Sebaiknya yang ada tapak @ boleh berdiri tegak)
- Masking Tape
- Pen Marker
CARA-CARA :
Waktu: 16 Julai pada jam 5.28 petang waktu tempatan.
Boleh get ready lebih awal dan perhatikan tempat yang ada bayang-bayang.
Nota:
Arah kiblat boleh dicatat bermula jam 5.13 hingga 5.40 petang.
LANGKAH 1
Pastikan waktu yang tepat (Dail 1051 untuk semakan jam) atau rujuk Waktu Standard Malaysia SIRIM di pautan berikut mst.sirim.my
LANGKAH 2
Menggunakan objek yang tegak dan lurus, halakan objek ke arah cahaya Matahari.
Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan ke arah kiblat.
Boleh rujuk gambar di bawah kalau nak senang faham.
Selain di kawasan lapang, anda juga boleh membuat semakan kiblat dari dalam rumah yang mendapat sinaran cahaya matahari, contohnya tingkap bilik atau car porch.
Anda boleh merujuk mana-mana objek tegak contohnya tiang rumah, grill tingkap dan sebagainya.
LANGKAH 3
Tandakan garis bayang yang terhasil daripada objek rujukan tersebut. Inilah kiblat yang tepat untuk rumah anda.
Kiblat boleh ditandakan dengan masking tape atau marker.
LANGKAH 4
Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.
(tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).
Jika terdapat perbezaan kiblat di masjid / surau, sila rujuk Pegawai Falak, Jabatan Mufti Negeri untuk maklumat lanjut.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut tentang Istiwa Adzam, sila rujuk pautan berikut:
Selamat mencuba.