Panduan & Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2023 – JAKIM

Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2023 ~ Khutbah Aidilfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak 9 kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Berikut dikongsikan tatacara lengkap dan hukum serta teks khutbah Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

BACA JUGA: ATM Raya: Lokasi Mesin ATM Tukar Duit Raya Seluruh Malaysia 2023

 Khutbah Hari Raya Aidilfitri

Tatacara Pelaksanaan Khutbah Hari Raya Aidilfitri

Menurut Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, setelah solat hari raya selesai dilakukan, sekiranya ia dilaksanakan secara berjemaah, disunatkan bagi imam untuk membaca khutbah hari raya sebanyak dua khutbah yang sama seperti khutbah Jumaat dari sudut rukun dan perkara sunat dalam khutbah.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma beliau berkata :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ يُصَلُّونَ فِي الْعِيدَيْنِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ يَخْطُبُونَ ‏

Maksudnya : Adalah Rasulullah S.A.W, Abu Bakr, dan Umar menunaikan solat dua hari raya sebelum berkhutbah. Kemudian baru mereka berkhutbah.

Riwayat Al-Tirmizi (531)

  • Disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan.
  • Teks khutbah aidilfitri di rumah boleh didapatkan melalui teks yang disediakan oleh JAKIM / Jabatan Agama Islam Negeri menerusi laman web mereka.
  • Manakala sekiranya seseorang melaksanakan solat hari raya secara bersendirian, maka tiada dituntut untuk dia membaca khutbah raya oleh kerana tidak terdapatnya manfaat yang terhasil dari hal tersebut.
  • Sekiranya orang perempuan mendirikan solat hari raya secara berjemaah sesama mereka, maka tidak perlu untuk imam mereka berkhutbah (merujuk kepada rukun dan sunat khutbah) dan memadai sekadar tazkirah dan peringatan ringkas sahaja. 

Rukun Khutbah

5 RUKUN KHUTBAH

  1. Memuji Allah SWT
  2. Selawat Ke Atas Nabi SAW
  3. Wasiat Taqwa
  4. Membaca Satu Ayat Al-Quran
  5. Doa Kepada Orang Beriman Dalam Khutbah Kedua

Khatib hendaklah menyampaikan semua rukun-rukun khutbah dalam bahasa Arab walaupun ia tidak difahami oleh para jemaah.

 Khutbah Hari Raya Aidilfitri

Syarat Sah Khutbah

1. KHATIB

  • Khatib berdiri jika mampu & duduk di antara 2 khutbah
  • Khutbah disampaikan sebelum solat Jumaat.
  • Rukun khutbah disampaikan dalam bahasa arab
  • Khatib suci daripada hadas dan najis serta menutup aurat.

2. KHUTBAH

  • Berturut-turut antara rukun khutbah , khutbah pertama dgn khutbah kedua serta khutbah kedua dengan solat.
  • Rukun khutbah didengar oleh 40 jemaah mastautin yang wajib solat Jumaat.

Perkara Sunat Khutbah

1. KHATIB:

  • Berkhutbah di atas mimbar
  • Duduk diatas mimbar sebelum menyampaikan khutbah
  • Menghadapkan wajahnya ke hadapan tanpa menoleh ke kanan atau ke kiri.
  • Memberi salam setelah naik ke atas mimbar
  • Menguatkan suara agar khutbah didengar oleh lebih daripada 40 orang Jemaah.
  • Memendekkan kedua-dua khutbah. Khutbah kedua lebih pendek daripada khutbah pertama.
  • Memegang tongkat dengan tangan kiri.

2. MAKMUM:

  • Mendengar khutbah yang di sampaikan oleh khatib.
  • melaksanakan solat sunat secara ringkas khatib sedang berkhutbah.

Adab Mendengar Khutbah

  • Memberi fokus pada isi kandungan khutbah
  • Diam dan tidak bercakap-cakap (hukum bercakap ketika khutbah sedang diasampaikan adalah MAKRUH dan boleh menghilangkan pahala.
  • Tidak tidur. Sekiranya kita rasa mengantuk, hendaklah berpindah tempat yang lain dengan syarat tidak melangkah orang lain.
  • Tidak melakukan perbuatan sia-sia contohnya menggunakan sebarang gajet seperti telefon bimbit.

BACA JUGA: Tol Rahmah – Tol Percuma 4 Hari Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2023

Berikut adalah Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2023 yang telah disediakan oleh JAKIM.

 Khutbah Hari Raya Aidilfitri
 Khutbah Hari Raya Aidilfitri

Anda juga boleh memuat turun Teks Khutbah Hari Raya Aidilfitri 2023 ini di pautan berikut: https://www.islam.gov.my/ms/e-khutbah/3666-teks-khutbah-aidilfitri-tajuk-aidilfitri-lebih-bererti

Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: