Petua Legakan Batuk Anak Guna Minyak Bawang Putih
PETUA LEGAKAN BATUK ANAK GUNA MINYAK BAWANG PUTIH
Musim-musim batuk ni memang ramai anak kecil yang demam on-off, batuk selesema pula tak baik-baik.
Mungkin ramai yang dah puas berulang ke klinik tapi hasilnya tetap sama.
Sebagai alternatif, apa kata cuba petua legakan batuk anak menggunakan minyak bawang putih homemade ni? Seperti yang kita sedia maklum, bawang putih cukup terkenal dengan khasiatnya.
Mudah saja caranya.
Menurut perkongsian di Facebook oleh Ct Ratu Jamu, inilah petua yang digunakan pada anaknya sendiri dan alhamdulillah ramai yang dah cuba di taskanya dan dah beransur sihat dengan izin Allah.
Jom kita tengok resepi untuk buat minyak bawang putih tu.
PETUA LEGAKAN BATUK ANAK DENGAN MINYAK BAWANG PUTIH
Hari ni saya nak kongsi pasal buat minyak bawang putih yang saya buat untuk anak batuk.. Alhamdulillah.. Memang mujarab.. Sapu 2 kali kat tapak kaki dia, labu betis, belakang dan dada terus lega batuk.
Ramai yang pm tanya macam mana nak buat sebab sekarang memang ramai kan anak-anak yang sedang batuk.
Ini saya kongsikan sedikit cara saya buat.. Insyaallah boleh cuba.. Cara buat pun tak susah..
LANGKAH 1
Mula-mula ambil selabu bawang putih dan dibakar dalam kuali dan tutup.
Bakar sampai agak-agak dah naik bau dia dan warna kulit bawang menjadi kekuningan.
LANGKAH 2
Seterusnya ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak atas bawang yang sudah dibakar tadi.
Biarkan lebih kurang 10 minit.
( boleh guna minyak yang anak anda biasa guna. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh juga)
LANGKAH 3
Kemudian picit bawang ke dalam minyak. Bawang sudah menjadi lembut.
Sekarang dah boleh sapu kat tapak kaki anak, di labu betis, belakang serta dada dia..
Insyaallah anak-anak anda akan selesa daripada batuk dan batuk akan sembuh dengan izin Allah.. Cubalah.. Mudah, saja kan..?
*Saya guna minyak masak
Kredit resepi : Ct Ratu Jamu
Serba Sedikit Tentang Khasiat Garlic (BawangPutih)
Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.
Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms).
Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.
Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang-orang tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.
Bawang putih digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.
Baca juga: