in

Pampasan Ex-Gratia Jika Ada Kesan Sampingan Vaksin COVID 19

kesan sampingan vaksin covid19
ADVERTISEMENT

SKIM PAMPASAN EX-GRATIA AKAN DIBERIKAN JIKA TERDAPAT KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID 19 YANG SERIUS

SEPANG, 21 Feb – Kerajaan bercadang mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi BERNAMA.

Difahamkan terdapat dua kaedah yang dicadangkan untuk memaparkan pengesahan penerimaan vaksin iaitu :

  • melalui paparan aplikasi MySejahtera
  • dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang boleh diterima negara lain

Bercakap pada sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di sini hari ini, Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang memperhalusi cadangan tersebut.

Baca juga: MySalam Covid-19: Cara Claim RM50/Sehari Jika Anda Dikuarantin (PUI) Atau Disahkan Positif

pendaftaran vaksin covid19

Baca juga: 5 Kaedah Pendaftaran Vaksin COVID19 Mulai 1 Mac 2021

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata skim perlindungan untuk memberi pampasan kepada penerima vaksin COVID-19 yang mendapat kesan sampingan serius, akan diwujudkan.

“Skim ini akan memberi pampasan ex-gratia kepada mana-mana penerima suntikan vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius, yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin itu,” katanya, sambil menambah perkara itu diputuskan Jemaah Menteri dalam mesyuarat khas minggu lepas.

Kesan Sampingan Vaksin COVID19

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), kesan sampingan vaksin COVID19 yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara.

Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah:

  • sakit/ bengkak/ kemerahan di tempat suntikan
  • penat
  • sakit kepala
  • menggigil
  • sakit sendi
  • demam
  • loya
  • rasa tidak sihat
  • bengkak kelenjar limfa
  • kesan sampingan yang mungkin dilapor dari semasa ke semasa

Pemantauan kesan sampingan / Kesan Sampingan Susulan Imunisasi (AEFI) akan dijalankan secara enhanced surveillance di mana penerima vaksin akan diberi notifikasi / peringatan berjadual melalui aplikasi MySejahtera untuk melaporkan sebarang AEFI yang dialami. Pelaporan AEFI juga boleh dibuat oleh petugas kesihatan melalui sistem sedia ada.

Penyiasatan bagi AEFI yang serius akan dijalankan dengan teliti, di mana satu jawatankuasa pakar khas ditubuhkan bagi menilai kes-kes AEFI dan isu keselamatan berkaitan vaksin COVID-19.

Pemberian Vaksin Akan Dijalankan Secara Berperingkat

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, YB Khairy Jamaludin, berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Pertama akan bermula pada hari Rabu ini (24 Februari) apabila Perdana Menteri menjadi orang pertama yang akan menerima vaksin diikuti pula oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

kesan sampingan vaksin covid19

Program imunisasi ini hanya akan berjaya apabila seramai mungkin penduduk Malaysia mengambil vaksin ini.

Hanya menerusi penglibatan menyeluruh barulah kita mampu menamatkan pandemik COVID-19 ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, boleh muat turun buku panduan di www.vaksincovid.gov.my

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan ccris

CCRIS BNM: Cara Semakan Laporan eCCRIS Online Tanpa Ke Bank

cara cari handphone hilang

Cara Nak Cari Handphone Hilang Guna Google (Boleh Block Sekali)