Cara Buang Gambar Anak Bawah Umur Di Google

Kemudahan internet dan ejen pencarian seperi Google sememangnya memudahkan ramai orang terutamanya apabila ingin mencari sesuatu info dan maklumat.

Namun, disebalik kebaikannya ada juga keburukan. Antaranya ialah semua gambar yang dimuat naik ke atas talian boleh dicuri oleh sesiapa sahaja walaupun sebenarnya gambar tersebut tidak boleh digunakan tanpa kebenaran.

Isu ini menjadi serius apabila gambar kanak-kanak di bawah umur telah digunakan tanpa kebenaran akibat daripada ianya mudah didapati di atas talian.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi 3 Perkara Kena Elak Buat Depan Anak!

Oleh itu, Google sedang mengusahakan satu laman khas di mana ibu bapa atau penjaga boleh memohon untuk gambar anak-anak dan remaja dipadankan daripada hasil carian Google Images.

Usaha ini adalah salah satu daripada perubahan yang diumumkan syarikat pada bulan Ogos lalu dalam usaha untuk mempertingkatkan privasi pengguna di bawah umur 18 tahun.

Ibu bapa atau penjaga dan individu di bawah umur itu sendiri boleh meminta Google membuang gambar kanak-kanak bawah umur daripada muncul dalam hasil carian dengan mengisi borang permohonan.

Ibu bapa atau penjaga hanya perlu memberikan URL carian, memberikan beberapa maklumat peribadi, nyatakan kata kunci yang menyebabkan gambar muncul dan gambar yang ingin dibuang.

Selepas itu, pihak Google akan menyemak semua permintaan dan akan membuat tindakan susulan. Gambar yang berjaya dibuang akan diberitahu kepada pemohon.

Baca juga: Normalkah Kalau Gigi Kanak-kanak Jarang? Ini Penjelasan Doktor Gigi

Sumber: Techcrunch

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: