Doktor Kongsi 5 Cara Berkesan Kurangkan Sakit Tekak Di Rumah
CARA-CARA MENGURANGKAN SAKIT TEKAK
Sakit tekak merupakan simptom yang paling biasa berlaku pada kanak-kanak mahupun dewasa.
Gejala ini biasanya diikuti dengan simptom seperti bersin dan batuk.
Ramai juga yang selalu kena sakit tekak bersekali dengan demam selesema.
Sakit tekak juga boleh berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.
Di sini kami kongsikan cara mengatasi sakit tekak yang dikongsikan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk rujukan bersama.
Baca juga:
- Jangan Main Sapu Je, Ini 6 Jenis Krim Sapu & Fungsi Untuk Kulit Gatal
- Cara Print Sijil Vaksin MySejahtera PDF Untuk Perjalanan Tempatan & Luar Negara
5 Cara Atasi Sakit Tekak Dengan Berkesan
Berikut dikongsikan beberapa langkah yanh boleh anda buat di rumah untuk memberi kelegaan pada tekak yang terasa perit.
#1 KUMUR AIR GARAM
Ambil sesudu kecil garam dan bancuh dengan segelas air suam untuk hasilkan air garam.
Berkumur dengan air garam di tekak (gargle). Tidak cukup hanya berkumur di mulut seperti selepas berus gigi.
#2 AISKRIM VANILA
Makan aiskrim khususnya yang berperisa vanilla.
Aiskrim yang sejuk dapat memberi kelegaan pada tekak perit.
Sebatian vanillin dalam vanilla juga boleh membantu mengurangkan keradangan pada tekak.
#3 LOZENGES
Kesip lozenges. Ada banyak pilihan lozenges yang dijual di pasaran. Ada pelbagai perisa.
Ada yang mempunyai bahan untuk beri rasa kebas(analgesia), ada yang berangin(menthol), dan sebagainya.
#4 KUMUR DENGAN MOUTHWASH
Berkumur dengan cecair cucian mulut seperti listerine, thymol dan difflam untuk mengurangkan gejala sakit kerongkong.
Kumuran juga perlu dibuat di tekak. Ia dibuat sebelum dan selepas makan.
#5 BANYAKKAN MINUM AIR MASAK
Pesakit juga dinasihati agar banyakkan minum air kosong dan menjauhi makanan pedas.
JUMPA DOKTOR JIKA PERLU
Kebanyakan punca sakit_tekak adalah jangkitan virus, tetapi ada kalanya ia disebabkan oleh bakteria. Perlu berjumpa doktor untuk kepastian.
Andai kata doktor dapati ia disebabkan bakteria, doktor akan mulakan antibiotik.
Semoga bermanfaat!
(Sumber perkongsian asal oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook)