Cara Bancuh Air Nescafe Paling Lemak Manis. Bekas Barista Starbuck Ini Kongsikan Caranya

Bagi penggemar minuman kopi, pasti bancuhan dan sukatan yang sempurna adalah penting untuk menghasilkan kopi yang cukup lemak dan rasa kopi yang padu.

Walaupun nampak mudah, tetapi sukatan yang salah dan bancuhan yang tidak ngam tidak akan menghasilkan kopi yang sedap.

Bagi anda yang ingin mencuba resepi atau cara bancuhan kopi daripada seorang bekas barista di salah satu restoran Starbuck, boleh mencuba cara bancuhan kopi yang dikongsikan oleh beliau ini.

Saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku. Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!

Baca juga: Resepi Scone Homemade Ala Cameron Highland

Cara Bancuh Air Nescafe Persis Starbuck

Bahan-bahan

  • 1 sudu teh nescafe (jangan penuh menggunung)
  • 2-4 sudu teh susu cair
  • 1.5 – 2 sudu teh susu pekat manis
  • Air panas mendidih secukupnya

Cara Bancuhan Air Nescafe

1. Campurkan nescafe, susu cair dan susu pekat manis ke dalam cawan. Dan di kacau rata ke semuanya.

2. Apabila dicampur dan dikacau warnanya akan seperti di gambar. Jangan risau, ini just nice dan tak manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.

3. Kemudian tuangkan air yang betul-betul panas mendidih dan kacau sebati.

4. Siap! Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

Tips

  1. Kalau nak rasa macam Almond Latte, letak 1 sudu minyak kelapa dara.
  2. Tak nak rasa terlalu cair, air panas tadi di isi hanya 3/4 daripada cawan penuh.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: