in

Resepi Roti Sardin Goreng. Anak-Anak Pasti Suka!

ADVERTISEMENT

Bagi seorang ibu yang selalu menyediakan bekalan makanan untuk anak-anak.

Kadangkala susah untuk menjangkakan selera makan anak-anak ini.

Ada hari mereka mahu makan nasi dan lauk, ada hari mereka cuma mahu makan makanan yang ringan tetapi sedap dan mengenyangkan perut mereka.

Disini kami ingin berkongsikan satu resepi yang boleh pasti membuatkan anak anda gemar iaitu resepi Roti Sardin Goreng.

Resepi Roti Sardin Goreng

Resepi Roti Sardin Goreng

0 from 0 votes

Bahan-Bahan

  • 1 cawan tepung gandum

  • secukupnya roti buku putih

  • secubit garam

  • 1 biji bawang besar

  • secukupnya jus lemon

  • 2-3 sudu besar tepung jagung

  • 4 batang cili padi

  • 1 tin kecil sardin

  • sedikit pewarna kuning

  • secukupnya minyak masak

  • secukupnya air

cara-cara
(inti sardin)

  • Bawang besar dicincang.
    cili padi seberapa byk hampa nak buh n potong ikut suka nak mcm mana.
  • Kemudian, potong cili padi. Cili padi boleh letak seberapa yang anda suka mengikut kepedasan masing-masing.
  • Sardin/mackerel (beserta sos) dilenyek dan dicampurkan sekali dengan bawang cincang dan potongan cili padi tadi.
  • Kemudian masukkan secubit garam dan perahan lemon atau limau nipis untuk kurangkan bau hanyir.
  • Kemudian gaul sebati semua bahan. 
  • (BANCUHAN TEPUNG)
  • Pukulkan terlebih dahulu telur sehingga kembang.
  • Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan air secukupnya..
  • Kacau rata kesemua bahan. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau tidak juga terlalu cair.
  • Akhir sekali campurkan sedikit pewarna kuning makanan atau serbuk kunyit. Dan kacau sehingga sebati kesemuanya.
  • Untuk roti pula, potongkan sekeping roti berbentuk tiga segi. Boleh juga potong bentuk lain, ikut kepada kretiviti masing-masing.
  • Kemudian bolehlah disapukan roti tiga segi itu dengan inti sardin. Roti terlebih dahulu, kemudian sapukan isi sardin selepas itu tutupkan dengan sekeping roti lagi.
  • Bila sudah siap penyedian roti sardin, pastikan anda lenyek terlebih dahulu tepi roti supaya tidak tertanggal semasa proses menggoreng nanti.
  • Kemudian gaulkan roti sardin itu ke dalam bancuhan tepung tadi. Ratakan keseluruhan roti termasuklah bahagian tepi roti itu. 
  • Kemudian bolehlah menggoreng roti sardin sehingga keemasan. 

Bagi yang mahu berdiet boleh cuba Resepi Ayam Tiram Thai

Written by rina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Daging Harimau Menangis. Senang Rupanya Nak Buat!

Mybayar saman

MyBayar Saman: Pendaftaran, Semakan & Diskaun Saman 50%