in ,

Resepi Scone Homemade Ala Cameron Highland. 4 Bahan 3 Cara!

ADVERTISEMENT

Bila sebut je scone mesti akan teringat Cameron Highland.

Rata-rata pengunjung yang berkunjung ke Cameron Highland pasti akan singgah cafe di sana untuk menikmati keenakan scone yang intikan jem strawberi.

ADVERTISEMENT

Di sini kami ingin kongsikan kepada anda resepi Scone yang mudah dan hanya menggunakan 4 bahan saja.

Boleh dibuat minum petang untuk keluarga tercinta.

Resepi Scone Homemade Ala Cameron Highland.

Resepi Scone Homemade Ala Cameron Highland.

0 from 0 votes

1 doh boleh dapat lebiih kurang 13 biji scone.

Bahan-Bahan
scone biasa

  • 2 cawan tepung naik sendiri

  • 1 cawan susu segar sejuk

  • 1/2 cawan mentega sejuk bergaram (cold salted butter)

  • 1 biji telur

  • HOMEMADE BUTTERMILK
  • 1 cawan susu segar

  • 2 sudu besar jus lemon/ limau

  • SAVOURY
  • 1/2 labu bawang holland

  • 1 sudu cili kisar

  • 2 batang sosej

  • Gula secukupnya

  • Garam secukupnya

  • Lada hitam secukupnya

cara-cara:
scone biasa:

  • Parut mentega masuk terus dalam tepung.
  • Ramas sehingga menjadi serbuk roti.
  • Tambah buttermilk dan gaul ala kadar.
  • Bentukkan jadi doh dan tekan leper setebal 1-2 inci.
  • Tekap guna acuan bulat / gelas tanpa ‘twist’.
  • Susun atas alas bakar dalam loyang.
  • Kacau sebiji telur dan 1 sudu air dan sapukan pada permukaan doh.
  • Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit atau sehingga keemasan.
  • HOMEMADE BUTTER MILK:
  • 1 cawan susu segar dicampurkan dengan 2 sudu besar perahan limau atau lemon dan jadilah buttermilk.
  • SAVOURY:
  • Tumis setengah labu bawang holland, 1 sudu cili kisar dan 2 batang sosej dadu kecil.
  • Perasakan dengan gula, garam dan lada hitam.

Notes

  • Jika sukakan scone pelbagai rasa, sebelum langkah 3 perlu:
  • Masukkan bahan tambahan pilihan (savoury/ kismis/ chocolate chips)

Jom cuba Resepi Coklat Nestum Bar. Hanya 2 Bahan Saja Dan Tak perlu Bakar!

Kredit: Zatil Arip

Written by rina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lebih 50 kakitangan Positif Covid-19, Hotel Di Langkawi Diarah Tutup

Cara Memohon Sijil Pengecualian Vaksin Di MySejahtera