Punca Batuk Berterusan, Ikuti Perkongsian Dr Ini
Kadang kala kita terasa nak batuk akibat ada sesuatu yang tidak selesa di dalam tekak kita. Selepas minum air tekak mula merasa lega.
Namun pernahkah anda merasakan sesuatu yang tidak selesa itu tidak hilang dan membuatkan anda terus-terusan batuk walaupun selepas minum air?
Jika ianya terjadi kepada anda mahupun anak anda, itu adalah antara petanda yang perlu diambil serius dan tidak boleh dipandang ringan. Kerana kita tidak tahu apakah puncanya dan adakah ianya boleh mendatangkan mudarat jika tidak dirawat.
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi 3 Perkara Kena Elak Buat Depan Anak!
Melalui perkongsian di hantaran Facebook Dr Zubaidi, beliau berkongsi satu pengalaman merawat pesakit yang mempunyai masalah batuk berterusan ini.
Mari ikuti perkongsian penuh Dr Zubaidi di bawah.
Punca Batuk Berterusan
Saya masih ingat seorang pesakit saya yang agak obese, selalu batuk ketika tidur. Dia terjaga kerana batuk berterusan tanpa henti. Bila minum air kosong baru lega sedikit.
Dia sudah cuba pelbagai ubat batuk tetapi tiada perubahan yang baik.
Saya tanya bila kali terakhir makan? Dia menjawab selalunya pukul 10pm. Kadang kala lambat sikit. Bila tengah malam lapar, dia pergi ke restoren 24 jam untuk makan roti canai.
Saya percaya berkemungkinan besar, dia mengalami refluks.
Baca juga: Pening Kepala, Rasa Pusing & Berputar. Ramai Tak Sedar Ia Tanda ‘Vertigo’
Batuk Terbahagi Kepada 2
Ada masalah batuk disebabkan penyakit berbahaya. Ada disebabkan oleh masalah yang ringan. Antara masalah batuk yang bahaya adalah:
- Tibi
- Kanser paru-paru
- Bronchiectasis
- COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
Sementara yang kurang bahaya dan dapat dirawat dengan baik adalah: - Asthma
- Post Nasal Phlegm akibat Sinusitis yang kronik
- Reflux
Saya berikan ubat gastrik untuk kawal masalah beliau untuk sementara waktu. Pada yang sama saya nasihatkan kurangkan berat badan, tidur gunakan alas kepala yang agak tinggi dan tidak makan berat 2 jam sebelum tidur.
Selepas seminggu tiada batuk lagi
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad