Malaysia Dalam Perbincangan Menggunakan Pil Covid-19 Merck Untuk Kurangkan Kes
Selepas vaksin berjaya digunakan kepada manusia, kini syarikat-syarikat pengeluar ubat-ubatan mula mengfokuskan kepada pengeluaran ubat yang boleh melawan wabak Covid-19 pula.
Terbaharu, syarikat Merck sedang memohon pil Covid-19 mereka FDA untuk digunakan. Pil Covid-19 keluaran Merch ini telah pun melepasi ujian klinik peringkat ketiga dengan laporan menunjukkan ianya berkesan mengurangkan kematian dan hospitalisasi sehingga 50% pada pesakit Covid-19.
Dalam ujian terbabit, pesakit diberikan dua biji pil Molnupiravir untuk dimakan selepas disahkan positif. Laporan menunjukkan hanya 7.3% penerima Molnupiravir dimasukkan ke hospital berbanding 14.1% yang menjalani rawatan plasebo. Selepas 29 hari menunjukkan tiada kes kematian bagi penerima Molnupiravir berbanding 8 kematian melibatkan pesakit yang hanya menerima rawatan plasebo.
Molnupiravir ialah ubat antiviral yang memperkenalkan kesilapan dalam proses replikasi virus atau dipanggil Proses mutegensis maut. Proses ini menyebabkan jumlah virus tidak bertambah dan berkurang di dalam tubuh pesakit sekaligus mengurangkan simptom yang teruk muncul pada tubuh pesakit.
Malaysia adalah antara negara terawal mengesakan dalam perbincangan untuk membeli Molnupiravir bersama dengan of Amerika Syarikat, Britain, Korea Selatan, dan Thailand.
Menerusi ciapan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Twitter beliau, pihak kerajaan telah memulakan rundingan untuk mendapatkan pil terbabit.
Beliau menambah lagi bahawa kerajaan akan mempelbagaikan pilihan rawatan dan inovatif selain daripada vaksin selagi ianya boleh mengurangkan kes kematian atau hospitalisasi kepada mereka yang paling berisiko dijangkiti COVID-19.
Walaubagaimanapun, dikatakan kos rawatan lengkap Molnupiravir ialah sebanyak $700 (~RM3900) untuk seorang pesakit di mana ianya jauh lebih mahal berbanding kos pemberian vaksin sekarang.
Sumber: Reuters