4 Cara Kenal Pasti Kesegaran Telur Dikongsikan Paediatric
Tular baru-baru ini dengan keracunan puding buih di salah sebuah negeri di Pantai Timur.
Takziah kepada ahli keluarga mangsa.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Terengganu, Dr Alias Razak, kejadian berpunca daripada penggunaan telur yang telah tamat tempohnya.
Berkenaan dengan penggunaan telur sebagai bahan dalam masakan, seorang Paediatric, Dr. Redza Zainol telah berkongsi 4 tips bagi memastikan kesegaran telur yang dibeli.
1.GONCANGKAN TELUR
Jika telur didapati berkocak apabila digoncang, ini bermakna bahawa telur tersebut adalah telur lama dan tidak elok untuk digunakan.
Telur yang segar, ia tidak berbunyi apabila digoncang.
2. RENDAM TELUR DALAM AIR SEJUK
Ada tiga cara yang dapat dikenal pasti melalui rendaman telur ini.
a. Jika telur didapati tenggelam sepenuhnya ke dasar, telur tersebut adalah telur yang masih segar.
b. Jika didapati telur tenggelam di tengah-tengah rendaman, telur tersebut masih boleh dimakan.
c. Sekiranya didapati telur terapung di permukaan, maka telur tersebut sudah tidak segar dan tidak boleh dimakan.
Dikhuatiri jika masih digunakan di dalam masakan, ia mengundang bahaya seperti bakteria Salmonella.
3. PERHATIKAN BAU TELUR
Telur yang segar, ia tidak berbau.
Berbeza dengan telur yang tidak segar, dari luar telur pun sudah boleh berbau.
4. PERHATIKAN KULIT TELUR
Selalu periksa kulit telur sebelum menggunakannya.
Jika retak, ini bermakna telur sudah busuk memandangkan bahagian dalam telur tidak lagi dilindungi oleh kulitnya.
Jika was-was, tak perlu guna.