Petua Kurangkan Sakit Tapak Kaki & Kebas Kaki

Memang susah nak explain dekat orang macam mana rasanya sakit tapak kaki atau kebas kaki yang berpanjangan.

Dah cuba mengurut, sapu minyak dan buat regangan. Tapi masih juga tak berkurang.

Di sini kami kongsikan beberapa petua yang dikongsikan di media sosial.

Mana tahu, mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah ini.

Berikut adalah perkongsian oleh saudari Ida Shahida di Facebook tentang petua kurangkan sakit tapak kaki dan rasa kebas pada kaki.

Petua Kurangkan Sakit Tapak Kaki

Menurut Puan Shahida, dia sendiri mengalami sakit tapak kaki tiba-tiba selama hampir seminggu.

Selepas mencuba petua ini, dengan izin Allah malam pertama minum jus ini segelas, keesokan harinya apabila bangun dari tidur, tak sangka tapak kakinya dah tak rasa sakit.

Jadi untuk supaya kekal tak sakit, cuba teruskan minum lagi sampai ke hari ni ( dah 5 hari dah).

Alhamdulillah, kaki dah tak sakit lagi seperti minggu lepas…cuma ada 3-5% je lagi sakitnya.

Jadi anda boleh cuba buat petua ini..tiada masalah sebab ini petua alami ( bahan semulajadi).

** jus ini tidak boleh disimpan dalam peti ais.sekali buat terus diminum sampai habis**

** petua ini juga merupakan petua untuk orang yang ada ‘ darah tinggi’ sebab CINCAU adalah agen ‘ menurunkan tekanan darah’ kita’ jadi hati hati bila makan banyak sangat sebab darah akan turun mendadak jadi kena kawal dan perlu ada alat cek tekanan darah di rumah bila mengamalkan petua ini.

Saya nasihatkan dalam rumah pakai slipar elakkan sejuk tapak kaki sebab lantai rumah/dapur bersimen atau tiles.

Cara penyediaannya:

  1. Timun 1 biji dikisar lumat dengan sedikit je air dan tapis.
  2. Kisar lumat Cincau / lengkong saiz kecil / sederhana (tanpa gula). Jika ada gula pun ok kalau nak bubuh dengan air timun tadi.
  3. Terus diminum.
  4. Pagi dan malam sebaiknya.
  5. Kalau sehari sekali pun boleh ikut tahap kesakitan tapak kaki anda tu.

Untuk sakit sakit dan lenguh badan yang bisa anda boleh cuba petua di bawah.

Baca juga:

Petua Kebas & Sakit Saraf Mana-mana Anggota Badan

Caranya:

Rebus serai, halia dan halba. Minum 3 kali sehari.( boleh campur daun pandan).

Bahan-bahan

  • Serai 6 batang diketuk
  • Daun pandan 2 helai dikoyak koyak
  • Halia besar 5 jari dimayang
  • Halba 2 sudu besar
  • Air 1 1/2 botol mineral besar atau bersamaan dengan 6 gelas air ( biarkan didih sampai tinggal 3 gelas air rebusan).
  • Madu lebah asli 1 sudu besar/kecil masukkan dalam gelas minuman dan pastukan air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku baru masukkan madu.

Cara-cara

  1. Semua bahan disatukan dan rebus dengan api yang perlahan sampai mendidih lama.
  2. Sejukkan atau suamkan.
  3. Apabila air rebusan dah sejuk atau suam suam kuku , baru boleh campur madu lebah asli 1/2-1 sudu besar kedalamnya.
  4. Minum 3 gelas sehari.

Yang penting: Setiap air rebusan mestilah menjadi separuh dari paras air yang biasa. Baru jadi ubat dan berkhasiat. Jadi mesti direbus lama.

Petua ini dikongsikan oleh Ida Shahida di Facebook:

https://www.facebook.com/100008347473096/posts/2236493709972190/

https://www.facebook.com/100044179401885/posts/478736263609016/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: