Cara Masak Pulut Guna Rice Cooker. Mudah, Cepat & Lembut Elok Je
Tips masak pulut / cara untuk tanak pulut guna rice cooker
Ramai antara kita memang suka makan pulut kan? Tapi kadang tu bukan semua rumah ada pengukus. Nak buatnya pun sesekali je…
Jangan risau, sebenarnya boleh masak pulut guna rice cooker je tau, tak perlu pakai pengukus.
Hasil kejadiannya tetap cantik dan lembut macam biasa.
Jom kami kongsikan cara yang sangat mudah oleh Siti Asrien Mohd Hassan ini.
Katanya dah lebih setahun lebih guna tips / cara ni tanak pulut. Buat tapai pun senang, tak payah kukus.
Cara Masak Pulut Guna Rice Cooker
Cara-caranya:
- Basuh beras bersama sedikit garam, untuk dapat efek berkilat. Basuh 3/4 kali basuhan.
- Sukat air guna jari telunjuk, separuh dari line pertama jari (jari di atas beras). – Yang tak faham boleh rujuk gambar di bawah.
- Lapik tutup periuk menggunakan kain / tuala kecil dengan kedap, tak boleh longgar. (supaya wap panas tak keluar).
- Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM. Jangan bukak tudung periuk langsung sehingga masak, insyaAllah pulut cantik.
- Lepas WARM jangan terus buka, biar dalam 5-10 min baru bukak penutup, bagi pulut masak dengan wap panas.
Sila rujuk panduan bergambar di bawah:
LANGKAH 1
Basuh beras bersama sedikit garam, untuk dapat efek berkilat. Basuh 3/4 kali basuhan.
LANGKAH 2
Sukat air guna jari telunjuk, separuh dari line pertama jari (jari di atas beras).
Sukatan paras air beras pulut.
LANGKAH 3
Lapik tutup periuk menggunakan kain / tuala kecil dengan kedap, tak boleh longgar. (supaya wap panas tak keluar).
LANGKAH 4
Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM. Jangan bukak tudung periuk langsung sehingga masak, insyaAllah pulut cantik.
LANGKAH 5
Lepas WARM jangan terus buka, biar dalam 5-10 min baru bukak penutup, bagi pulut masak dengan wap panas.
SIAP!
Inilah hasilnya…
InsyaAllah tak berkerak… Tapi ingat, lepas rice cooker bertukar WARM tu jangan terus bukak tau.
Biar lebih kurang 5-10 minit lepas warm, baru bukak tudung periuk. Nak bagi pulut masak sepenuhnya dengan wap.
Baca juga:
- 6 Beradik Deko Rumah Mak Ayah 100% Baru, Musnah Selepas 8 Jam
- Viral Di Tiktok, Ini Resepi ‘Rain Drop Cake’ Yang Mudah & Sedap
- Cara Update MySJ Trace Di MySejahtera Anda
Mudah je kan?
Jadi, jangan risau bagi yang teringin nak makan pulut tapi tak ada pengukus dekat rumah. Bolehlah cuba cara masak pulut guna rice cooker je.
Ramai Dah Cuba & Menjadi!
Berdasarkan respon di ruangan komen, ramai yang dah cuba resepi dan tips yang dikongsikan ini.
Rata-rata yang dah cuba kata cara ni memang menjadi elok dan lebih mudah.
Semoga tips ini dapat memudahkan anda di dapur.
Selamat mencuba!
Jom kongsikannya dengan rakan-rakan lain.
( Kredit resepi asal oleh: Siti Asrien Mohd Hassan )