Jimat Minyak, Wanita Kongsi Cara Goreng Telur Dadar Guna Air Fryer

WANITA KONGSI CARA BUAT TELUR DADAR MENGGUNAKAN AIR FRYER

Susulan pengumuman kerajaan tentang penamatan subsidi minyak masak dalam botol 2 kg, 3 kg dan 5 kg mulai 1 Julai, orang awam tentu dapat menjangkakan kenaikan harga tidak lama lagi.

Hanya minyak masak dalam paket atau polibeg yang masih dikekalkan subsidinya.

Walaubagaimanapun, ada baiknya juga jika kita mengurangkan penggunaan minyak masak dalam makanan kerana ia adalah lebih sihat, contohnya dengan mengunakan air fryer.

Pengguna air fryer baru-baru ini telah berkongsi cara memasak atau menggoreng telur menggunakan air fryer.

Hasil telur goreng atau telur dadar yang menggunakan air fryer tetap gebu dan sedap dimakan walaupun tidak menggunakan minyak.

Cara Goreng Telur Guna Air Fryer

Jom kami kongsikan hantaran oleh Maslinda Maslinda Kuduri tentang cara goreng telur menggunakan air fryer :

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk aluminium / steel.

Sekarang dah banyak juga dijual jenis mangkuk begini khas untuk air fryer.

telur air fryer

Jika suka boleh sapukan sedikit saja minyak atau butter di sekeliling permukaan bekas supaya lebih mudah dikeluarkan nanti.

Tapi jika bekas aluminium @ steel memang jenis tak melekat, tak perlu sapu minyak pun boleh.

2. Masukkan bekas tadi ke dalam air fryer.

telur air fryer

3. Kemudian setkan masa 7 minit sahaja. Suhu pula tetapkan pada 180 darjah celsius.

Inilah hasilnya…

Mudah kan?

Jimat pun jimat…

Rupanya di Tiktok pun, ramai yang dah mulakan masak telur dadar tanpa minyak ni.

Berikut dikongsikan video masak telur goreng @ telur dadar menggunakan air fryer oleh @mygoeltom.

Selamat mencuba!

https://www.tiktok.com/@mygoeltom/video/6985878483822054683?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7073674497278232065

Ternyata, ia adalah alternatif yang lebih sihat dan memudahkan!

Oh ya, ini satu lagi video oleh @linawildani.

@linawildani Goreng Telur Dadar dan Dendeng AF2#mitoaf2#mitoafgo#digifrygomitoaf2#ShowYourFreestyle#telurairfyer#dendengairfryer♬ suara asli – Lina Wildani Maulida

Anda boleh masak telur dadar dan campur dengan bahan-bahan lain yang disukai seperti bawang, daun bawang dan sebagainya.

Selamat mencuba guys…!

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: