Masih Positif Covid Selepas Kuarantin 7 Hari, Ini Penjelasan Doktor

masih positif selepas kuarantin 7 hari

MASIH POSITIF COVID SELEPAS 7 HARI – BAHAYA TAK?

Hari ni dah masuk hari ke-7 kuarantin di rumah, tapi result masih lagi positif. Kalau ikut arahan KKM, esok dah boleh mula kerja. Tak bahaya ke kalau masih positif dan jumpa orang ramai ya? Macam mana pula dengan keluarga – masih kena duduk berasingan dalam bilik atau macam mana?

Mungkin ramai yang mengalami situasi yang sama seperti di atas, terutamanya apabila KKM telah mengumumkan tempoh kuarantin baharu untuk kes positif Covid-19 serta kontak rapat.

Sejak kebelakangan ini juga, kes covid di Malaysia semakin meningkat, seiring dengan pengesanan virus ini melalui ujian kendiri test-kit yang boleh didapati di pasaran.

Jadi, di sini kami kongsikan info lanjut tentang persoalan ini untuk makluman bersama.

Kenapa Masih Positif Covid Selepas Kuarantin 7 Hari?

Tempoh kuarantin di Malaysia telah dipendekkan daripada 10 hari kepada 7 hari berdasarkan penilaian semula data sains dan pengalaman negara-negara lain berkaitan pengurusan kes positif COVID-19 dan kontak rapat kepada kes positif.

Omicron telah muncul sebagai varian yang dominan di Malaysia. Untuk memahami bagaimana jangkitan virus omicron ini berlaku, sila rujuk anggaran garis masa di bawah dengan teliti.

Melalui garis masa ini, fasa jangkitan boleh berlaku bermula pada hari ke-2 hingga hari ke-8. Selepas tempoh 7 hari itu, fasa jangkitan akan berakhir.

Ini bermaksud anda tidak boleh menjangkiti seseorang dan juga tidak boleh dijangkiti dalam tempoh waktu itu.

masih positif selepas kuarantin

Walaubagaimanapun, selepas seseorang pulih daripada Covid-19,badan akan menjana antibodi yang boleh dikesan selama lebih kurang tiga bulan.

Oleh yang demikianlah swab test atau ujian RTK akan memberikan keputusan positif.

Kajian mendapati mereka yang positif virus COVID-19 hasil ujian RT-PCR dan apabila dikultur virus tersebut, tiada virus hidup dikesan.Ini bermakna tiada virus hidup di dalam tubuh mereka dan tidak boleh dibiak dan menjangkiti individu lain.

Kesimpulannya, ujian ulangan mendapati individu itu masih RT-PCR positif disebabkan oleh ujian RT-PCR yang mengesan virus COVID-19 yang telah mati dan tidak ada kebolehjangkitan menjangkiti individu lain.

Ujian RT-PCR masih dapat mengesan saki baki cebisan virus COVID-19 yang telah mati dan seterusnya memberi keputusan positif kepada individu yang sudah tiada kebolehjangkitan.

Perkara ini juga pernah diterangkan oleh Dr Samhan melalui sebuah video TikTok beliau:

Sumber: https://www.tiktok.com/@dr.samhan/video/6999114363932101914?lang=en

NOTA: Video ini dimuatnaik sebelum data WHO dan KKM mengemaskini tempoh kuarantin dari 10 hari kepada 7 hari.

Tak Perlu Lagi Buat PCR Dalam Tempoh 2 Bulan Selepas Positif

Dalam sebuah lagi penerangan oleh Petugas Makmal, @dodosentoso, beliau turut menjelaskan kenapa anda tak perlu lagi buat PCR atau ujian pengesanan covid dalam tempoh 2 bulan selepas disahkan positif Covid-19.

“Selepas kita sudah positif Covid-19, tak perlu lagi buat PCR. Saya nak terangkan lagi sekali, jangan buat ujian tu dalam tempoh dua bulan selepas disahkan positif.”

@dodosentoso

Jangan noya buat PCR byk byk kali lepas dah positive recently. Ingat ni sampaii mati. Tolong mdno share info ni boleh.?? #covid19 #rtpcr #medicallabscientist #fyp

♬ original sound – Pak Cik Bakar Baharo – Pak Cik Bakar Baharom

Jelasnya, jika individu yang dijangkiti melakukan ujian menggunakan alatan calitan (swab), hanya sebahagian virus saja yang terkena pada alatan tersebut menyebabkan hasil ujian masih positif walaupun selepas habis tempoh kuarantin.

Videonya yang tular dengan kapsyen ‘Kenapa jangan buat PCR banyak kali lepas recently positif! Jangan’ telah meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan.

Jadi inilah sebabnya anda masih positif covid selepas kuarantin 7 hari.

Baca juga: Tiada Lagi Status Kuning Bagi Kontak Kasual Di MySejahtera

Bilakah Keputusan Akan Bertukar Negatif?

Gavi Vaccine Alliance menjelaskan bahawa masa yang diambil untuk ujian negatif selepas dijangkiti Covid-19 bergantung pada keparahan kes, dan juga pada ujian itu sendiri. Ujian PCR yang memburu bahagian-bahagian bahan genetik virus (RNA dalam kes Covid-19) dalam badan kita dan menguatkannya supaya kita dapat mengesannya adalah sangat sensitif dan bahkan boleh mengambil kehadiran beberapa serpihan virus.

Ini kerana serpihan RNA virus boleh kekal di dalam badan kita lama selepas jangkitan selesai dan virus telah dibersihkan daripada sistem kita.

Tak Perlu Risau Jika Masih Positif Selepas Kuarantin

Walaupun anda dijangkiti virus Covid-19, apabila virus tidak lagi aktif, anda hanya perlu terus mengamalkan SOP dan anda boleh meneruskan kehidupan seharian anda seperti biasa!

Tak perlu risau lagi, melainkan jika anda mengalami simptom yang serius seperti Long Covid.

Sila rujuk: Masih Rasa Tak Sihat Lepas Berbulan-bulan Dijangkiti, Ini Simptom ‘Long Covid’ Kena Alert

Semoga artikel ini dapat memberi sedikit pencerahan tentang persoalan anda.

Tempoh Kuarantin Terkini KKM

Berikut dikongsikan bersama tempoh kuarantin terkini oleh KKM untuk rujukan anda.

TEMPOH KUARANTIN BAGI KES POSITIF

Tempoh isolasi (kuarantin)

  • Telah menerima dos penggalak : 7 hari
  • Lengkap vaksinasi : 7 hari
  • Tidak lengkap ATAU tiada vaksinasi : 10 hari

Nota: Tempoh kuarantin sama ada tidak bergejala atau bergejala

tempoh kuarantin

TEMPOH KUARANTIN BAGI KONTAK RAPAT

1. KUMPULAN UMUR 18 TAHUN KE ATAS

A) BERGEJALA

  • 5 hari bagi individu yang telah terima dos penggalak;
  • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
  • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.

B) TIDAK BERGEJALA

  • TIDAK PERLU KUARANTIN bagi individu yang telah terima dos penggalak;
  • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
  • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.

2. KUMPULAN UMUR 18 TAHUN KE BAWAH

A) BERGEJALA

  • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
  • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.

B) TIDAK BERGEJALA

  • 5 hari bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap;
  • 7 hari bagi individu yang belum lengkap vaksinasi atau belum divaksinasi.
blank
Sumber: Sidang Media KKM 24 Februari 2022

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, DoctorOnCall