Lafaz Takbir Raya Aidil Adha, Kaifiat & Waktu Disunatkan Bertakbir

LAFAZ TAKBIR RAYA HAJI (AIDILADHA 2022)

Umat Islam disunatkan untuk menghidupkan Hari Raya Aidil Adha dengan lafaz Takbir.

Takbir raya Aidiladha (Takbir Muqayyad) bermula pada Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) iaitu 9 Julai 2022 (sabtu) dan berterusan hingga ke asar hari Tasyrik yang ketiga (13 Zulhijjah) iaitu hari Rabu, 13 Julai 2022.

Takbir Muqayyad bermaksud takbir yang dibaca setelah selesai setiap solat fardhu bermula pada hari 9 Zulhijjah dan berakhir selepas solat asar 13 Zulhijjah.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
زَيِّنُوْا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبير
Maksudnya: “Kamu hiasilah hari raya dengan takbir.”
[HR al-Thabarani]

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a. keluar ke pasar pada 10 hari awal Zulhijjah, lalu mereka bertakbir sehingga menyebabkan orang ramai turut bertakbir bersama mereka.

‘Affan turut menceritakan peristiwa ini. Beliau berkata:
“Abu Hurairah dan Ibnu Umar datang ke pasar pada 10 hari terawal bulan Zuhijjah, kemudian meraka bertakbir dan orang ramai turut bertakbir bersama mereka. Mereka berdua tidak datang melainkan untuk bertakbir.”

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang waktu melafazkan Takbir Hari Raya Aidil Adha dan panduannya.

2 Jenis Takbir Hari Raya Aidil Adha

Terdapat 2 jenis takbir hari raya iaitu:

i. Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق)
• Bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan Solat Hari Raya.

ii. Takbir Muqayyad (المقيد)
• Bermula bermula dari solat Subuh Hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar pada Hari Tasyrik terakhir (13 Zulhijjah).

Baca juga: Doa Elak Wabak Penyakit, Dihindari Bala & Mudarat (Sumber JAKIM & Mufti)

Kaifiat & Waktu Takbir Aidiladha

Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat fardhu bermula pagi 9 Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13 Zulhijjah.

Sunat mengkemudiankan zikir selepas takbir muqayyad.

Dalil hadis sunat bertakbir bermula selepas Solat Subuh 9 Zulhijjah hingga Solat Asar 13 Zulhijjah
عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Daripada Ali dan Ammar RA:

Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9 Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13 Zulhijjah).
(HR al-Hakim No: 1111) Status : Isnad Sahih

*NOTA: Bagi orang yang berihram untuk mengerjakan ibadat haji, mengucapkan talbiah lebih afdhal. Manakala afdhal bagi yang tidak mengerjakan ibadat haji untuk melaksanakan takbir selepas solat bermula 9 Zulhijjah.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Panduan & Niat Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha (Serta SOP Terkini MKN)

Lafaz Takbir Hari Raya Aidil Adha

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ertinya : Allah Maha besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً واَصِيْلاً, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَلَانَعْبُدُ اِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ, وَلَوْ كَرِهَ الكَا فِرُونَ, لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ الْاَحْزَابَ وَاحْدَهُ, لَااِلٰهَ اِلَّااللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ertinya : Allah Maha Besar dengan segala kebesaran, segala puji bagi Allah dengan sebanyak-sebanyak puji, dan Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang, tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya, dengan memurnikan agama Islam, meskipun orang-orang kafir membencinya. Tiada Tuhan melainkan Allah dengan ke Esaan-Nya, Dia dzat yang menepati janji, dzat yang menolong hamba-Nya dan memuliakan bala tentara-Nya dan menyiksa musuh dengan ke Esaan-Nya. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji hanya untuk Allah.

Muat turun Takbir Raya Idul Adha (JAKIM)

Sumber: JAKIM
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: