Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha Berjemaah & Sendirian
Panduan / Cara Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha
Solat sunat hari raya haji (Aidil Adha) hukumnya sunat Muakkad (sangat digalakkan). Segala rukun, syarat serta sunatnya adalah sama seperti solat biasa.
Cuma ditambahkan dengan bertakbir 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara setiap takbir.
Waktu Mengerjakan Solat Sunat Aidil Adha
Solat sunat Aidil Adha dikerjakan pada 10 Zulhijjah.
Waktu mengerjakannya ialah antara ketika mula terbit matahari sekadar segalah hingga tergelincirnya matahari.
Solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.
Lafaz Niat & Tasbih
Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.
Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)
اُصَلِّىْ سُنَّةً عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Lafaz tasbih
سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.
Cara Menunaikan Solat Sunat Aidiladha
Rakaat Pertama
- Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
- Membaca doa iftitah.
- Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
- Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
- Lafaz takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
- Memberi salam.
Khutbah Aidiladha
Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Amalan Sunnah Pada Pagi Hari Raya Aidil Adha
Tambahan: Antara perkara sunat di Hari Raya Aidiladha yang boleh dilakukan termasuklah:
- Mandi Sunat Aidiladha Pada Pagi Harinya
- Memakai Pakaian Baru Dan Bersih
- Makan & Minun Selepas Solat Sunat Aidiladha
- Memakai Wangian (Bagi wanita cukup sekadar hilang bau badan)
- Bersedekah
- Berjalan Kaki Ke Masjid
- Menggunakan Jalan Berbeza (Semasa pergi dan pulang dari masjid)
- Takbir, Tahmid, Tahlil (dari 10 Malam Zulhijah sehingga terbenam matahari 13 Zulhijah)
- Solat Sunat Aidiladha
Baca juga: Hukum Simpan Daging Korban Lebih Dari 3 Hari