Tarikh Mula Puasa 2024 & Cuti Awal Ramadan -JAKIM
Tarikh Mula Puasa 2024 & Cuti Awal Ramadhan -JAKIM | Bulan Ramadan adalah merupakan bulan suci yang dinantikan oleh seluruh umat Malaysia.
Pada bulan tersebut, umat Islam akan berpuasa selama sebulan sebelum menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Bagi tahun 2024, berikut dikongsikan tarikh mula puasa dan cuti awal ramadan untuk tahun tersebut.
Tarikh Puasa / Awal Ramadan 2024
Tarikh mula puasa bagi tahun 2024 adalah pada 12 Mac 2024, iaitu bersamaan dengan 1 Ramadhan 1445H.
Penetapan tarikh ini dinyatakan melalui Takwim 2024 Miladiah / 1445-1446 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berdasarkan Panel Pakar Falak JAKIM.
Walaubagaimanapun, tarikh awal Ramadhan sebenar akan ditetapkan setiap tahun selepas pengumuman berdasarkan anak bulan.
Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam 2024
Berikut disertakan sekali tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2024;
Muat Turun PDF:
Takwim Miladiah JAKIM 2024 (1445H-1446H)
Berikut disertakan bersama Takwim 2024 Miladiah / 1445H-1446H Hijriah bagi Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Muat Turun PDF:
Cuti Awal Ramadan Di Malaysia 2024
Cuti awal Ramadhan adalah termasuk dalam senarai Cuti Kelepasan Am Negeri di Malaysia.
Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, negeri yang mengambil cuti sempena Awal Ramadhan adalah Johor, Kedah dan Melaka. (Rujuk No.9)
Berikut dilampirkan sekali kalendar kuda bagi bulan Mac 2024 memudahkan anda membuat rujukan bagi tarikh cuti Awal Ramadan 2024.
Cara Melihat Anak Bulan – Kaedah Penentuan Tarikh Puasa
Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan dan setiap bulan tersebut mengandungi 29 atau 30 hari dalam turutan yang tidak tetap.
Secara amnya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilal) kelihatan apabila matahari terbenam.
Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30.
Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin.
Secara umumnya penetuan awal bulan hijri – terutamanya bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan pergerakan Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari.
Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi atau dikenali di Malaysia sebagai ilmu falak, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun.
>> Rancang tahun 2024 anda dengan planner mini 2024 ini!
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di pautan berikut: https://www.e-solat.gov.my/.