in

Niat Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah /19 Julai 2021) Dan Kelebihannya

ADVERTISEMENT

NIAT PUASA HARI TARWIYAH, HARI ARAFAH & KELEBIHAN 10 HARI TERAWAL BULAN ZULHIJJAH

10 hari pertama bulan Zulhijjah merupakan antara hari yang amat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan dalam Islam. Marilah kita menyambut bulan ini dengan meriah.

Untuk makluman, tarikh melihat anak bulan Zulhijjah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Sabtu, 10 Julai bersamaan 29 Zulkaedah 1442 Hijriah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, pengisytiharan akan dibuat pada malam itu juga bagi tarikh 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu Hari Raya Aidiladha.

Mengikut jangkaan, hari Ahad 11 Julai 2021 adalah tarikh masuknya 1 Zulhijjah sehingga Isnin 19 Julai 2021 (9 Zulhijjah), manakala 20 Zulhijjah adalah tarikh jangkaan Hari Raya Haji / Aildil Adha di Malaysia.

Kelebihan 10 Hari Terawal Zulhijjah

10 hari terawal Zulhijjah mempunyai keistimewaan yang luar biasa, di mana pelbagai amalan soleh boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau beramai-ramai (berjemaah).

ADVERTISEMENT

Antara puasa sunat yang digalakkan dalam Islam ialah Puasa Zulhijjah termasuklah Puasa Sunat Arafah (9 Zulhijjah).

“Tiada hari yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan amalan soleh padanya melainkan 10 hari terawal Zulhijjah” – Sahih Bukhari : 969

Selain itu, disunatkan juga melakukan amalan-amalan sunat yang lain seperti:

  1. Berpuasa di siang hari
  2. Beribadah di malam hari (Qiamullail)
  3. Perbanyakkan solat sunat
  4. Berbuat baik pada ibu bapa
  5. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
  6. Bertutur tentang perkara yang baik
  7. Membantu orang susah
  8. Memperbanyakkan zikir
Sumber: Mufti Wilayah persekutuan

Sumber: Mufti WP

Contoh Jadual Ibadat Di Bulan Zulhijjah

Berikut dikongsikan contoh jadual ibadat yang boleh dilakukan sepanjang 10 hari pertama Zulhijjah.

Sumber: JAKIM

Baca juga: Talian Whatsapp Op Bantu Seluruh Negara (Bantuan Terputus Bekalan Makanan)

Niat Puasa Sunat Bulan Zulhijjah

Lafaz Niat Puasa Zulhijjah

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Ertinya: “Saya niat puasa sunah bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala.”

1 Zulhijjah = 11 Julai 2021
2 Zulhijjah = 12 Julai 2021
3 Zulhijjah = 13 Julai 2021
4 Zulhijjah = 14 Julai 2021
5 Zulhijjah = 15 Julai 2021
6 Zulhijjah = 16 Julai 2021
7 Zulhijjah = 17 Julai 2021
8 Zulhijjah = 18 Julai 2021 (Hari Tarwiyah)
9 Zulhijjah = 19 Julai 2021 (Hari Arafah)

HARAM PUASA :

10 Zulhijjah = 20 Julai 2021
11 Zulhijjah = 21 Julai 2021
12 Zulhijjah = 22 Julai 2021
*13 Zulhijjah = 23 Julai 2021

Puasa Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah)

Niat Puasa Tarwiyah

نويت صوم التروية سنة لله تعالى

Nawaitu shauma al tarwiyata sunnatan lillahi ta’ala

Ertinya: “Saya niat berpuasa sunnah tarwiyah kerana Allah ta’ala.”

Apakah Hari Tarwiyah?

Hari Tarwiyah merupakan hari yang kelapan di dalam bulan Zul al-Hijjah dan tidak ada dinyatakan kelebihan yang khusus atau amalan yang khusus untuk dilakukan pada hari tersebut berdasarkan kepada hadith-hadith yang sahih. 

Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.

  • Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).
  • Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [Lihat: al-Mughni, 3/249]

Sumber: Mufti WP

Niat Puasa Arafah & Kelebihan Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji.

Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.”

– Hadis Riwayat Muslim

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah.

Maka Baginda bersabda:

“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”

– Hadith Riwayat Imam Muslim

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

Sumber: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Niat Puasa Sunat Hari Arafah

*نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى*

Maksudnya: Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala

puasa zulhijjah arafah

Kelebihan Hari Arafah

Rasulullah SAW. bersabda lagi:

“Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”.

Digalakkan juga berdoa kerana Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”

NOTA:

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: “Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.”

(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

Sumber: JAKIM

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Takoyaki Homemade. Buat Sendiri Lagi Jimat Dan Puas Makan!

Jemur Kain Lap Warna Putih, Ini Pula Yang Berlaku