in

Panduan Solat Tarawih Ringkas Beserta Zikir & Doa (PDF)

ADVERTISEMENT

Bulan Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari lagi, masih ingat panduan / cara solat tarawih?

Mungkin ada yang memilih untuk solat di rumah saja disebabkan risiko wabak Covid-19 yang masih ada di luar sana.

Para wanita terutamanya tentu tak mahu ketinggalan merebut pahala di berganda di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Jom ikuti panduan solat tarawih ringkas di rumah.

Panduan Solat Tarawih  Ringkas Di Rumah (Beserta Zikir & Doa)

Solat tarawih hukumnya sunat muakkad iaitu yang sangat dituntut untuk dilaksanankan bagi umat Islam setiap malam selepas solat Isyak pada bulan Ramadhan.

Seperti yang kita tahu, ia boleh dilakukan sama ada sebanyak 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).

Buatlah ikut kemampuan asalkan konsisten dan kualiti solat terjaga. 

Kredit Foto : Jabatan Mufti Negeri Selangor

Baca juga :  Niat Puasa Ramadhan Sebulan & Harian (JAKIM): Lafaz Arab / Rumi

1. Niat Solat Tarawih

Niat solat sunat terawih adalah seperti berikut:

i) Lafaz Niat Solat Tarawih Sendirian Di Rumah
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ لِلّهِ تَعَالَى

Ushalli sunnatat tarawihi rak‘ataini lillahi ta‘ala.

Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah SWT.”

ii) Lafaz Niat Solat Tarawih Sebagai Makmum

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلهِ تَعَالَى

Ushalli sunnatat Tarāwīhi rak’atayni ma’mūman lillāhi ta’ālā.

Maksudnya: Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat sebagai makmum karena Allah SWT.

iii) Bacaan Niat Solat Tarawih Sebagai Imam

اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى

Ushalli sunnatat Tarāwīhi rak’atayni imāman lillāhi ta’ālā.

Maksudnya: Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat, sebagai imam karena Allah SWT

2. Zikir

Mulakan solat tarawih dengan bacaan zikir yang dibaca oleh imam dan kemudian disambut oleh makmum. 

Kredit Foto : Jabatan Mufti Negeri Selangor

Terdapat dua zikir yang dilafazkan secara berselang mengikut rakaat yang telah dilaksanakan. 

Zikir 1 – Untuk dibaca setelah selesai solat tarawih rakaat ke-2, 6, 10,14,18

Zikir 2 – Untuk dibaca setelah selesai solat tarawih rakaat ke-4, 8,12,16, 20

3. Solat 2 Rakaat Seperti Biasa

Langkah melakukan solat terawih adalah seperti solat sunat biasa – iaitu 2 rakaat diikuti dengan salam.

4. Doa Selepas Solat Terawih

Berikut adalah doa setelah selesai solat tarawih yang boleh dibacakan.

Doa ini adalah sunat, dan jika anda solat sendirian di rumah tanpa doa ini, anda juga boleh membacakan apa-apa doa lain yang dihafal.

Kredit Foto : Jabatan Mufti Negeri Selangor

5. Surah Cadangan Untuk Dibaca

Tak jadi masalah bagi seseorang untuk membaca apa-apa surah selepas Al-Fatihah semasa solat tarawih.

Panduan dari Jabatan Mufti Negeri Selangor ada menyarankan beberapa surah pendek untuk dibaca mengikut rakaat antaranya surah At-Takathur, Al-Ikhlas dan Al-Asr. Boleh rujuk mengikut infografik di bawah. 

Panduan solat tarawih mais
Kredit Foto : Jabatan Mufti Negeri Selangor

6. Panduan Solat Witir Selepas Terawih

Bagi menutup solat sunat tarawih, solat witir dilakukan dalam bilangan ganjil – biasanya sebanyak 3 rakaat (2 salam).

Mulakan dengan bacaan zikir sebelum memulakan solat sunat witir. 

Panduan solat tarawih
Kredit Foto : Jabatan Mufti Wilayah Selangor

Tutupkan solat sunat witir dengan bacaan zikir serta bacaan doa selepas solat sunat witir  mengikut infografik (nombor 6 &7) : 

Panduan solat tarawih
Kredit Foto : Jabtan Mufti Wilayah Selangor

Rebutlah peluang yang hanya datang sekali setahun dan laksanalah solat tarawih sebaiknya.

Hiasilah Ramadhan dengan amalan baik dan ibadah secara istiqamah bagi mengharapkan keampunan Allah. 

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, akan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu.” (Riwayat al-Bukhari)

Semoga bulan Ramadhan yang bakal tiba membawa hikmah dan pengampunan dosa agar kita dapat menjadi mukmin yang lebih baik. Selamat beramal dan selamat menyambut bulan Ramadhan! 

Muat Turun (PDF)

Muat Turun Nota Poket Ramadhan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) versi PDF untuk simpanan di handphone anda melalui pautan ini:

Atau

https://drive.google.com/file/d/1cJBXa5X9y43NyKsiG36lfGlTPO7FAaWU/view?usp=drivesdk

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia Akan Teruskan Penggunaan Vaksin AstraZeneca – Dr Adham

Tak Berkasut, Meluru Duduk Di Pelamin Gara-gara Tekanan Putus Cinta