Masjid Al-Aqsa & Kepentingan Palestin Kepada Umat Islam
Masjid Al-Aqsa & Kepentingan Palestin Kepada Umat Islam ~ Sejak puluhan tahun yang lalu, dunia seringkali dihebohkan dengan kezaliman tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Sehubungan dengan itu, isu mengenai Masjid Al-Aqsa juga tidak lari daripada menjadi perhatian.
Untuk artikel kali ini, berikut dikongsikan serba sedikit mengenai Masjid Al-Aqsa dan juga kepentingan Palestin kepada umat Islam.
BACA JUGA: Doa Selepas Azan & Kelebihan Membacanya
Masjid Al-Aqsa
“Al-Aqsa” adalah perkataan Arab yang mempunyai maksud; “tempat suci yang paling jauh”. Jadi, Masjid al-Aqsa bermaksud masjid/tempat suci yang paling jauh.
Menurut Wikipedia, nama ini diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj. Nabi Muhammad melakukan perjalanan dengan menaiki Buraq dari Masjidil Haram (di Makkah, selatan Arab Saudi) sehingga ke “masjid yang paling jauh” iaitu Masjid al-Aqsa.
Ia merupakan salah satu tempat suci agama Islam yang menjadi sebahagian daripada kompleks bangunan keagamaan di Kota Lama Baitulmuqaddis (Baitulmuqaddis Timur).
Pengertian Masjid Al-Aqsa pada peristiwa Israk dan Mikraj dalam Al-Quran meliputi seluruh kawasan Al-Haram Al-Quds Al-Syarif. Ia merangkumi keseluruhan kawasan yang luas, yang mana di dalamnya terdapat tiga buah masjid.
Pertama adalah Masjid Qubbat As-Sakhrah (Dome of Rock) atau umat Islam di Palestin memangilnya Masjid An-Nisa’ kerana kaum wanita bersolat di dalamnya. Masjid ini dibina oleh Khalifah Malik bin Marwan pada tahun 69 hingga 75 hijrah.
Masjid Qubbat As-Sakhrah atau Masjid Batu ini juga dikenali dengan warna kubahnya yang berwarna kuning keemasan dan berada di tengah-tengah kawasan Masjidil Aqsa.
Kedua adalah masjid yang kubahnya berwarna hijau tua iaitu Masjid Qibli, yang merujuk kepada kiblat pertama umat Islam atau juga dipanggil Masjid Juma’ah.
Di hadapannya adalah Masjid Umar di mana Saidina Umar Al-Khattab bersolat di situ.
Selain itu, berikut ialah beberapa mercu tanda yang terletak berdekatan Masjid Al Aqsa:
- Kubah Rock
- Tembok Barat
- Mount Temple
- Gereja Makam Suci
- Gunung Zaitun
- Bandar Daud
- Gethsemane
Hari ini, Kota Lama di Baitulmuqaddis adalah di bawah penguasaan Israel, tetapi masjid kekal di bawah pentadbiran Waqaf Islam Jordan/Palestin yang dipimpin.
Fakta Mengenai Masjid Al- Aqsa & Kepentingan Palestin
1. Masjid Al- Aqsa bukan hanya sebuah masjid
Walaupun dikenali sebagai Masjid Al- Aqsa, namun sebenarnya terdapat beberapa masjid di tapak yang kita kenali sebagai Masjid Al-Aqsa ini.
Bangunan di sudut paling selatan masjid yang seringkali dianggap sebagai Masjid Al-Aqsa itu sebenarnya adalah Masjid Qibali.
2. Menjadi lokasi berlakunya peristiwa Islam yang penting
Sejak zaman Nabi Adam (AS) hingga Nabi Muhammad (SAW), Masjid Al Aqsa telah menjadi titik penting bagi banyak peristiwa Islam yang penting.
Rasulullah (SAW) telah berpesan kepada umat Islam supaya solat di dalamnya kerana ia adalah lambang kebesaran Allah SWT dan merupakan salah satu daripada tiga masjid yang paling suci dalam Islam.
3. Tanah para anbiya
Antara nabi yang pernah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi Palestin ialah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahya, Nabi Isa dan beberapa lagi.
4. Masjid pertama sebagai kiblat umat Islam
Kitab-kitab hadis menjelaskan bahawa Muhammad mengajarkan umatnya untuk menghadap kiblat ke Masjid al-Aqsa ketika bersembahyang selama 17 bulan selepas penghijrahan.
Setelah wahyu diturunkan (Surah al-Baqarah ayat 148), kiblat tersebut dihadapkan ke Masjid al-Haram sehinggalah sekarang.
>> Teruskan menyokong perjuangan Palestin, jom dapatkan Mafla/Headband/Sticker Palestin di sini