Solat Tanpa Jarak Dan Kapasiti Penuh di Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi

Sejak bermulanya wabak pandemik diseluruh dunia, kita disarankan untuk menjaga jarak antara satu sama lain termasuk di dalam masjid dan surat. Sudah 2 tahun berlalu, solat tanpa jarak dan kapasiti penuh sangatlah dinantikan oleh seluruh umat Islam.

Semalam (ahad) di Masjidil Haram di Makkah, solat tanpa jarak dan kapasiti penuh telah dimulakan pada waktu subuh.

Pada hari sebelum pembukaan penuh itu, dilihat pekerja penyelenggaraan sedang menanggalkan pelekat jarak fizikal di lantai Masjidil Haram.

Menurut Arab news, kelonggaran tersebut diputuskan selepas persiapan telah dibuat sebelum pengoperasian penuh masjid itu.

Walaubagaimanapun, jemaah tetap perlu memakai pelitup muka ketika berada di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Manakala setiap jemaah perlu mendaftar umrah dan solat menerusi aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna.

Baca juga: Tarikh sambutan maulidur rasul 2021

Selain itu, terdapat perkara lain yang diputuskan berkaitan dengan kelonggaran SOP yang diputuskan oleh kerajaan Arab Saudi.

  1. Kerajaan Arab Saudi tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka kecuali di tempat-tempat tertentu seperti masjid, premis awam atau swasta yang tidak disahkan tahap kesihatan.
  2. Pekerja dan pengunjung Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tetap perlu memakai pelitup muka dan mendaftar dengan aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna.
  3. Kementerian juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.
  4. Kesemua kelonggaran adalah kepada individu yang sudah melengkapkan dos vaksin.
  5. Namun terkecuali bagi mereka yang tidak mengambil vaksin atas faktor kesihatan tetap perlu memakai pelitup muka.
  6. Pemilik premis awam dan swasta wajib mengesahkan tahap vaksinasi pengunjung menerusi aplikasi Tawakkalna sebelum memasuki premis.

Baca juga: Cara nak semak status bakal suami sebelum berkahwin

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: