Solat Istikharah: Niat, Cara Solat & Doa Istikharah

Solat Istikharah adalah merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT untuk membuat keputusan ataupun pilihan yang terbaik. 

Ia didirikan sebagai usaha untuk menghilangkan kekeliruan, ketidakpastian, menambah keyakinan dalam membuat keputusan atau pemilihan sekaligus untuk mendapatkan keredhaan daripada Allah dalam setiap pilihan yang dilakukan. 

Dalam hadis Rasulullah SAW yang disampaikan oleh Jabir bin Abdullah r.a yang bermaksud:

“Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua perkara, seperti mengajar kami surah daripada al-Quran. Baginda berkata: “Apabila seseorang daripada kamu mahu melakukan perkara yang tidak jelas dia perlu solat dua rakaat yang bukan fardu, kemudian berdoa” 

Berikut dikongsikan panduan mengerjakan solat istikharah untuk rujukan anda.  

Solat Istikharah

Untuk pengetahuan anda, perkataan ‘Istikharah’ adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘meminta penjelasan’ atau ‘panduan’. 

Oleh itu, solat istikharah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk dan panduan daripada Allah SWT. 

BACA JUGA: Panduan & Niat Solat Jumaat Lengkap

Syarat Melakukan Istikharah

  • Dilakukan dalam perkara-perkara yang masih belum jelas sisi kebaikan padanya. Contohnya seperti perkahwinan, bermusafir, berpindah dan sebagainya.
  • Dilakukan hanya untuk perkara yang harus bukan perkara yang wajib. Contohnya, istikharah tidak boleh dilakukan untuk menentukan sama ada perlu atau tidak berpuasa Ramadan. Tidak dibolehkan. 
  • Beristikharah untuk perkara yang diharamkan juga dilarang kerana Allah SWT tidak menjadikan di dalam perkara-perkara yang dilarangNya sebagai kebaikan.

Waktu Sesuai Solat Istikharah

Solat sunat istikharah boleh dilakukan bila-bila masa termasuklah sangat sesuai untuk didirikan semasa berqiamulaiail.

Rakaat

Solat istikharah boleh ditunaikan dengan dua rakaat atau sehingga 12 rakaat dengan enam kali salam.

Niat Solat Istikharah

Solat Istikharah: Niat, Cara Solat & Doa Istikharah

“Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara Solat Istikharah

Cara menunaikan solat istikharah dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Rakaat Pertama

1. Takbir dan niat. 

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca surah al-Fatihah.

4. Dianjurkan membaca surah al-Kafirun.

5. Rukuk dan iktidal.

6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.

Rakaat Kedua

1. Dimulakan dengan lafaz takbir permulaan rakaat kedua.

2. Membaca surah al-Fatihah.

3. Dianjurkan membaca surah al-Ikhlas.

4. Rukuk dan iktidal.

5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.

6. Membaca doa istikharah ketika sujud akhir; 

Solat Istikharah: Niat, Cara Solat & Doa Istikharah

“Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

7. Duduk tahiyat akhir.

8. Memberi salam.

9. Baca surah al-Fatihah dan berwirid. Perbanyak istigfar dan memohon keampunan Allah SWT.

10. Membaca doa solat sunat istikharah.

BACA JUGA: Niat & Cara Solat Jamak Qasar

Doa Istikharah

Doa-doa yang dibaca semasa melakukan istikharah sebaik-baiknya adalah doa yang warid, iaitu seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

doa solat sunat istikharah jakim

Maksud:

“Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.

Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.”

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: