e-Syariah: Semakan Status Perkahwinan & Rekod Jenayah Syariah

Semakan status kes di Mahkamah Syariah secara atas talian boleh dibuat melalui Portal Rasmi E-Syariah.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang portal e-Syariah dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membuat semakan status kes di Mahkamah Syariah secara online.

e-syariah

Kes MAL

Terdapat 2 jenis pendaftaran kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:

a) Tuntutan
b) Permohonan

Tuntutan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan Saman beserta penyata tuntutan. Pernohonan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes MAL yang dimulakan dengan notis permohonan beserta afidavit sokongan.

Kes Jenayah Syariah

Antara kes yang dinyatakan sebagai kes jenayah syariah adalah seperti berikut:

KOD KESDESKRIPSI
101Rayuan
102Permohonan Kebenaran Merayu
103Semakan
104Pemujaan Salah
105Mendakwa Bukan Islam
106Takfir
107Doktrin Palsu
108Dakwaan Palsu
109Menyebarkan Pendapat Bertentangan Dengan Fatwa
110Mengingkari Perintah Mahkamah
111Penerbitan Bertentangan Hukum Syarak
112Sumbang Mahram
113Muncikari
114Persediaan Bersetubuh Luar Nikah
115Hubungan Jenis Sesama Jantina
116Persetubuhan Bertentangan Dengan Hukum Tabi’i
117Memujuk Lari Perempuan Bersuami
118Menghasut Suami Isteri Supaya Bercerai
119Menjual/Memberikan Anak Kepada Bukan Islam
120Qazaf
121Liwat
122Musahaqah
123Mendirikan Masjid/Surau tanpa kebenaran
124Memujuk Lari Orang Perempuan
125Pecah Amanah

Baca juga : CARA DAPATKAN SEMULA SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ATAU TERJEMAHAN SIJIL DARI LEMBAGA PEPERIKSAAN SECARA DALAM TALIAN

Cara Semakan Status Di Portal e-Syariah

Semua orang Islam yang berkahwin secara sah mengikut Hukum Syarak dan bermastautin di dalam sesuatu negeri boleh mendaftarkan permohonan atau tuntutan di mana-mana Mahkamah Syariah di tempat dia bermastautin.

Untuk membuat semakan status perkahwinan atau jenayah syariah yang dimaksudkan di atas, anda boleh terus check serta semak status perkahwinan / perceraian anda secara online sahaja di portal e-syariah dengan menggunakan no IC / nombor kad pengenalan anda.

Sila layari : http://www.esyariah.gov.my/

Apakah bentuk nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri yang diceraikan?

Pemberian nafkah kepada isteri yang diceraikan tertakhluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau perceraian sebelum persetubuhan.
i) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah:
– Menyediakan makanan yang sepatutnya.
– Menyediakan pakaian yang sepatutnya.
– Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.
– Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya.
ii) Sekiranya ia diceraikan oleh suaminya dengan talaq bain, maka isteri tersebut hanya layak mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak mendapat keempat-empat kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie.
iii) Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya.
Pemberian nafkah akan gugur dengan sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan yang nusyuz tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam iddah.

Apakah Hak-Hak Suami Isteri Selepas Penceraian?

Hak-hak yang boleh dituntut di Mahkamah Syariah selepas sesuatu penceraian berlaku ialah :

a) Nafkah eddah
b) Mut’ah
c) Harta Sepencarian
d) Hadhanah (Hak Jagaan Anak)
e) Nafkah Anak
f) Tunggakkan Nafkah
g) Hak tempat Tinggal

Bagaimana seseorang boleh memohon Fasakh?

Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri :

a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.

Siapakah orang yang berhak menjaga kanak-kanak?

Seksyen 81, Akta [303],
(1) Tertakluk kepada Seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak daripada mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3),hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan iaitu:

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;
(b) bapa;
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas;
(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(e) kakak atau adik perempuan seibu;
(f) kakak atau adik perempuan sebapa;
(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
(h) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;
(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
(j) emak saudara sebelah ibu;
(k) emak saudara sebelah bapa;
(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ¿asabah atau residuari:

Dengan syarat penjagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

Bagaimanakah hendak memfailkan hadhanah di Mahkamah Syariah?

Failkan kes di Mahkamah Tinggi Syariah di mana kita bermastautin atau dapatkan khidmat guaman daripada Peguam Syarie di Biro Bantuan Guaman atau swasta.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke laman web e-Syariah di pautan http://www.esyariah.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: