Cara Dapatkan Sijil SPM Hilang Secara Online – eLembaga Peperiksaan

Sijil SPM hilang? Sijil PMR tak tahu dekat mana?

Sekarang ni musim nak apply masuk U dan kolej kan… Jadi mungkin ada yang dah tak dapat nak cari sijil tu dekat kampung ke, ada yang hilang, terbakar atau ada yang memang dah lupa dekat mana sijil-sijil tu.

Biasanya kalau pergi interview memang akan minta salinan asli (original copy), tak nak yang fotostat punya kan?

Kalau nak tahu, sekarang ni dah mudah nak minta salinan keputusan peperiksaan PMR / SPM / STPM dan lain-lain yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Jadi, di sini kami kongsikan cara nak dapatkan sijil peperiksaan yang hilang tu berdasarkan sebuah posting viral oleh saudara Eim Ariepin beserta info tambahan yang kami sertakan tentang e-Lembaga Peperiksaan.

Baca juga: Contoh Surat Pelepasan Bekerja PKP & Kebenaran Rentas Daerah / Negeri

Cara Dapatkan Semula Sijil Hilang Secara Online Melalui e-Lembaga Peperiksaan

Sekarang dah mudah tau nk minta salinan keputusan.

Pening fikir macam mana nak buat sebab bila interview nak tengok keputusan yang original, taknak fotostat punya.

Akhirnya dah jumpa caranya

  1. Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan
    https://elp.moe.gov.my/auth/login
  2. Daftar sebagai pengguna terlebih dahulu.
  3. Kemudian bila dah boleh login, sila ke laman utama.
  4. Kemudian, pilih pula Salinan Keputusan.
  5. Pilih sijil peperiksaan yang berkenaan.
  6. Isikan butiran nombor kad pengenalan dan klik Papar Borang Permohonan.
  7. Isikan alamat penghantaran sijil tersebut diposkan.
  8. Pilih cara Penghantaran Salinan, iaitu sama ada nak ambil sendiri atau penghantaran melalui pos (dikenakan caj tambahan RM10).
  9. Caj sebanyak RM30 akan dikenakan bagi setiap sijil yang dimohon. Sahkan dua kotak di bawah tu sebelum klik Mohon.
  10. Buat bayaran dan klik hantar permohonan.

RUJUK LANGKAH PERMOHONAN SALINAN SIJIL HILANG (TUTORIAL BERGAMBAR)

Boleh rujuk langkah bergambar di bawah:

Mula-mula buka laman web https://elp.moe.gov.my/, nanti akan keluar paparan skrin macam di bawah ni.

Pastikan anda Klik DAFTAR AKAUN terlebih dahulu.

PENDAFTARAN AKAUN & PENGESAHAN E-MEL

LOG MASUK & PERMOHONAN SALINAN SIJIL PEPERIKSAAN

sijil hilang spm

Kemudian baru boleh login menggunakan alamt e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Boleh klik dekat menu Salinan Keputusan tu.

sijil hilang spm

Lepas tu pilih ikon Salinan Keputusan.

Pilih sijil peperiksaan apa yang kita nak melalui butang tambah di kanan atas.

Klik dekat situ.

Isikan borang permohonan.

Bawah sekali nanti akan dinyatakan caj yang dikenakan.

Buat bayaran dan hantar permohonan.

Selesai.

Nanti tunggu jelah pos sampai dengan sijil yang kita minta tadi.

sijil hilang
sijil hilang
Kredit: Eim Aripin

INFO TAMBAHAN

Menurut e-Lembaga Peperiksaan, tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut.

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam.
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja.
  3. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam.
  4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.
  5. Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari bekerja.

Jadi lepas ni janganlah risau lagi, bolehlah kita gunakan laman web ini untuk mendapatkan semula sijil peperiksaan yang hilang dengan cepat dan mudah. Buat secara online je kan?

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Pendaftaran TABIKA KEMAS Online Sesi 2022 (Untuk 3-5 Tahun)

Maklumat Lanjut

Untuk makluamt lanjut, sila layari https://elp.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: