in ,

Kalendar Islam 2021 (1442-1443 H) & Tarikh-tarikh Penting – JAKIM

kalendar islam 2021
ADVERTISEMENT

Takwim / Kalendar Islam 2021 Beserta Tarikh-tarikh Penting Perayaan & Puasa Sunat

Terdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember, begitu juga dengan kalendar Islam di mana terdapat 12 bulan dalam kalendar Islam bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijjah.

Kalendar Hijrah adalah kalendar lunar/qamariah yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Matahari.

Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi Matahari.

Takwim / Kalendar Islam 2021 & Tarikh-tarikh Penting

Berikut disertakan Kalendar Islam 2021 yang disediakan oleh JAKIM untuk rujukan dan panduan umat Islam.

Untuk mencetak, sila save versi JPG di atas ini atau terus ke pautan berikut: https://www.e-solat.gov.my/portalassets/files/TAKWIM%202021%20MILADIAH%201442-1443%20HIJRIAH%20BAGI%20MALAYSIA-02062020111442.pdf

kalendar islam 2021 jakim

Anda juga boleh melihat kalendar Islam (live) dalam laman web e-Solat JAKIM di pautan ini: https://www.e-solat.gov.my/

Berikut dikongsikan tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2021 di Malaysia seperti Israk Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Puasa, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul.

Dengan tarikh ini, bolehlah kita merancang ibadah dan melakukan puasa sunat.

Menurut Laman Web Mufti WP, Hari yang paling afdhal berpuasa ialah:

  • Puasa hari Asyura (10 Muharram)
  • Sembilan hari daripada awal Zulhijjah
  • Hari Isnin
  • Hari Khamis.
  • Hari Putih (Ayyamul Bidh) 13, 14, dan 15 haribulan setiap bulan Islam dalam takwim Hijrah.

NOTA: 27 Rejab (Hari Israk Mikraj) tidak termasuk dalam puasa-puasa sunat yang dituntut kecuali ia berlaku pada hari Isnin atau Khamis.

Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab 144211 Mac 2021Israk dan Mikraj
*01 Ramadhan 144213 April 2021* Awal Ramadan/Berpuasa
17 Ramadhan 144229 April 2021Nuzul Al-Quran
*01 Shawwal 144213 Mei 2021Hari Raya Puasa/Aidilfitri
01 Zulhijjah 144211 Julai 2021Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah 144220 Julai 2021* Hari Raya Korban/Aidiladha
01 Muharram 144310 Ogos 2021Awal Muharam/Maal Hijrah
12 Rabi’ulawal 144319 Oktober 2021Maulidur Rasul

*Tarikh ini akan diisytihar oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia.

Sumber: Panel Pakar Falak (JAKIM)

kalendar islam 2021

Untuk mencetak, sila save versi JPG di atas ini atau terus ke pautan berikut: https://www.e-solat.gov.my/portalassets/files/Tarikh%20Tarikh%20Penting%20Dalam%20Islam%20Tahun%202021%20(1).pdf

Baca juga: Tarikh Bayaran Pencen 2021 Untuk Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang tarikh-tarikh penting dalam Islam, sila rujuk laman web JAKIM di atau Portal e-solat di https://www.e-solat.gov.my/.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tarikh pencen 2021

Tarikh Bayaran Pencen 2021 Untuk Pesara Kerajaan (Jadual Bulanan)

pakej cuti penjawat awam 2021

Pakej Cuti Penjawat Awam 2021 (Fasa Kedua) Akan Diperluas Ke 5 Negeri