Piala FA 2023: Kedudukan Carta Terkini & Jadual Perlawanan
Piala FA Malaysia bagi musim 2023 telah membuka tirai saingan perlawanannya bermula pada 8 Mac 2023.
Terdapat sebanyak 20 pasukan akan bersaing bagi merebut trofi kejuaraan Piala FA Malaysia bagi edisi ke-33. Saingan Piala FA musim 2023 secara keseluruhannya membabitkan 14 pasukan Liga Super 2023 dan 6 pasukan dari Liga M3.
Keputusan Undian Piala FA Malaysia 2023
Terdapat enam pasukan teratas Liga Super 2022 dan dua pasukan teratas Liga Perdana 2022 telah layak secara automatik ke pusingan 16 terbaik berdasarkan keputusan undian Piala FA musim 2023.
Lapan pasukan tersebut adalah:
- Johor Darul Ta’zim [JDT]
- Terengganu FC [TFC]
- Sabah FC, Negeri Sembilan FC [NSFC]
- Selangor FC [SFC]
- KL City FC, Kelantan FC
- Kuching City FC
Manakala 12 pasukan lagi akan berentap di peringkat pusingan pertama bagi merebut slot pusingan 16 pasukan terbaik.
Dalam 12 pasukan tersebut, empat pasukan daripadanya telah mendapat undian ‘bye’ sekaligus layak ke pusingan 16 terbaik, iaitu:
- pasukan PDRM FC
- PIB FC
- Melaka FC
- Kelantan United
Ini bermaksud ada 8 pasukan yang akan berentap untuk pusingan pertama dan bagi melengkapkan slot pusingan 16 yang dinantikan oleh lapan pasukan layak secara automatik dan empat pasukan yang mendapat undian ‘bye’.
BACA JUGA: Tiket Piala AFF Separuh Akhir (Malaysia lwn Thailand)
Lapan pasukan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir akan berentap bagi merebut empat slot separuh akhir.
Manakala untuk peringkat separuh akhir, ia akan membabitkan 4 pasukan. Dua pemenang akan mara ke perlawanan akhir Piala FA 2023.
Tarikh Perlawanan Piala FA 2023 Malaysia
- Perlawanan pusingan pertama : 8 Mac 2023
- Pusingan ke-16 : 14 – 15 April 2023
- Peringkat suku akhir : 27 – 28 Mei 2023
- Separuh akhir : 24 – 25 Jun 2023
- Akhir : 22 Julai 2023
Keputusan Pusingan Pertama
Tarikh: 8 Mac 2023
Tarikh | Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat |
8/3/23 | 9.00 pm | Kedah Darul Aman | 2(3) – 2 (4) | Penang FC |
8/3/23 | 8.15 pm | Perak FC | 1 – 2 | Sri Pahang FC |
25/3/23 | 10.00 pm | Manjung City FC | – | Sains FC |
25/3/23 | 10.00 pm | BRM FC | – | Imegresen FC |
Keputusan perlawanan seterusnya akan dikemaskini dari masa ke semasa.
BACA JUGA: Lato-lato, Permainan Tradisional Kembali Viral – Perlu Diharamkan?