Cara Daftar Undi Pos SPR Untuk PRU-15

PROSEDUR UNDI POS SPR (PRU-15)

PRU-15 dah nak dekat! Ada yang tak dapat turun mengundi? Tahukah anda, permohonan undi pos dalam dan luar negara kini telah dibuka.

Begitu juga Anggota Polis & Tentera, Rakyat Johor yang belajar di luar negara dan mereka yang diletakkan dalam Kategori Layak Undi POS.

Daftar UndiPOS anda hari ini dan laksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Berikut dikongsikan syarat-syarat mengundi melalui pos dan cara untuk mendaftar online.

Cara Daftar Undi Pos SPR Untuk PRU15

Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat permohonan Undi Pos secara online:

Pemohon dinasihatkan agar memohon lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan.

LANGKAH 1

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman sesawang MySPR https://myspr.spr.gov.my/login.

Syarat Kelayakan

KATEGORI PENGUNDI POS DALAM NEGARA

TENTERA

Anggota tentera dan pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Mengundi Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Mengundi Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

POLIS

Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA) dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Mengundi Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Mengundi Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

PETUGAS MEDIA

Anggota media yang bertugas membuat liputan penjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing.  

PETUGAS PILIHAN RAYA

Selain Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan pegawai-pegawai SPR, petugas-petugas pilihan raya yang dilantik membantu SPR melaksanakan pilihan raya di Pusat Mengundi turut diberikan ruang untuk memohon mengundi secara pos, terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengundi di luar Pusat Mengundi di mana mereka ditetapkan bertugas.

ANGGOTA / PEGAWAI 9 AGENSI KERAJAAN

Anggota dan pegawai dari sembilan (9) Agensi Kerajaan di dalam sektor keselamatan dan kesihatan yang bertugas semasa Hari Mengundi boleh memohon untuk mengundi secara pos. Sembilan (9) Agensi tersebut adalah:

  • Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
  • Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
  • Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
  • Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
  • Anggota Jabatan Kesihatan;
  • Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
  • Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
  • Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA); dan
  • Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC).

Permohonan undi pos oleh anggota dan pegawai dari Sembilan (9) Agensi ini perlu dilakukan secara atas talian (online) di portal MySPR melalui pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/login.

Garis panduan untuk memohon undi pos secara atas talian (online) pula boleh dimuat turun di laman web SPR.

KATEGORI PENGUNDI POS LUAR NEGARA

WARGANEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA

Warganegara Malaysia yang telah layak mengundi tetapi bermastautin di luar negara serta tidak berkesempatan untuk pulang mengundi di Malaysia, dibenarkan untuk memohon mengundi secara pos.

PELAJAR DI LUAR NEGARA DAN PASANGAN

Pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi yang telah layak mengundi tetapi berada di luar negara kerana menuntut sepenuh masa serta pasangannya telah dikategorikan sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH). Mereka layak mengundi secara pos. Walau bagaimanapun, mereka tidak perlu memohon untuk mengundi pos kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.

PENJAWAT AWAM DI LUAR NEGARA DAN PASANGAN

Kelayakan ini juga diperuntukkan kepada penjawat awam yang bertugas di luar negara serta pasangannya. Mereka juga tidak perlu memohon untuk mengundi pos kerana telah didaftarkan sebagai pengundi pos secara automatik.

LANGKAH & PROSEDUR UNDI_POS SPR

Proses permohonan undi_Pos SPR adalah seperti berikut:

  1. Daftar akaun MySpr https://myspr.spr.gov.my/login
  2. Tekan submenu Permohonan di bawah undi pos
  3. Pilih kategori Pengundi Luar Negara
  4. lsikan nombor pasport dan maklumat sendiri
  5. lsikan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Kemudian, tekan mohon TAC dan isikannya
  6. Notifikasi bahawa permohonan sedang diproses akan diterima. Sekiranya permohonan berjaya, anda juga akan menerima notifikasi emel
  7. Kertas undi pos akan dihantar kepada alamat terkini yang anda mohon
  8. Pangkahkan calon pilihan anda dan pos semula kertas undi secepat mungkin

Maklumat Lanjut: https://myspr.spr.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: