PKP Syawal 2021: Rentas Negeri Sempena Aidilfitri Tidak Dibenarkan

RENTAS NEGERI SEMPENA AIDILFITRI TIDAK DIBENARKAN

27 APRIL: Majlis Keselamatan Negara telah mendengar perbentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) status COVID19 di kebanyakan negeri menunjukkan keadaan tidak stabil dan angka kebolehjangkitan R-nought melebihi 1, dengan peningkatan kluster pendidikan bertambah.

Selama 2 minggu ini, KKM melaporkan bahawa didapati:

  • Trend penurunan didapati di Kedah, Perlis, Perak dan Negeri Sembilan.
  • Trend meningkat Kelantan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
  • Trend turun naik di negeri selebihnya.
rentas negeri selepas aidilfitri

Oleh itu, MKN memutuskan berkuatkuasa 29 April hingga 17 Mei, status negeri adalah seperti berikut:

  • PKP – Kelantan kekal PKP berikutan enam jajahan di Kelantan menunjukkan peningkatan kes COVID-19.
  • PKPB – Lima negeri dikekalkan PKPB iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.
  • PKPP – Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya / Labuan

Sementara itu, aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan buat masa ini.

Sementara itu, SOP Aidilfitri masih diperhalusi dan akan dimumkan dalam masa terdekat.

Rujuk siaran langsung MKN di pautan berikut:

https://www.facebook.com/MKNJPM/videos/947477699329718

Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, namun dengan trend peningkatan kes nampaknya kebenaran rentas negeri sempena Syawal masih tidak dibenarkan.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, 6 faktor yang menjadi indikator KKM ialah:

  1. Situasi kes harian termasuk kes yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang
  2. Trend dan kadar kebolehjangkitan
  3. Situasi semasa iaitu kadar kematian dan jumlah kes kematian
  4. Keupayaan katil dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital
  5. Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti dan
  6. Ujian saringan yang dijalankan di lapangan, saringan penyakit seperti influenza (ILI), jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan persampelan prapembedahan serta kemasukan ke wad.

Baca juga : Rakyat Malaysia Boleh Rentas Negeri Jika Dah Penuhi 6 Syarat Ini – KKM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: