Cara Buka Akaun CIMB Online (OctoSavers)
Cara Buka Akaun CIMB Online ~ Seperti perkhidmatan bank-bank yang lain, CIMB juga tidak ketinggalan menawarkan khidmat perbankan yang boleh diakses secara dalam talian termasuklah perkhidmatan membuka akaun simpanan baru.
Berikut dikongsikan cara mudah membuka akaun simpanan CIMB (OctoSavers) secara dalam talian sahaja tanpa perlu bersusah-payah untuk pergi ke kaunter bank.
BACA JUGA: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semakan Penyata / Baki Akaun 1 & 2
Akaun Simpanan-I OctoSavers CIMB
Akaun Simpanan-I OctoSavers adalah merupakan akaun simpanan patuh syariah dengan kerjasama CIMB OctoDebit MasterCard
Akaun simpanan ini menawarkan ganjaran dan faedah yang pelbagai serta menikmati pengecualian yuran tahunan OctoDebit Mastercard.
Pemegang akaun boleh mendapatkan points iaitu OctoPoints melalui OctoChallenge dan OctoMission untuk menebus ganjaran seperti baucar dari kedai dalam talian serta e-dompet seperti Shopee, Zalora, Grab, dan Lazada.
Pembukaan akaun dan proses penyertaan dibuat sepenuhnya atas talian. Kad debit akan dihantar kepada pelanggan untuk memastikan pelanggan mengalami pengalaman berurusan tanpa cawangan.
Syarat Kelayakan
- Berusia 18 tahun ke atas.
- Warganegara Malaysia (mempunyai kad pengenalan).
- Mempunyai no telefon dan alamat yang sah.
- Sediakan deposit sebanyak RM20.00
- Lain-lain syarat sila rujuk di laman web rasmi CIMB.
Cara Buka Akaun Simpanan-I OctoSavers CIMB Online
1. Muat turun aplikasi CIMB Apply di Google Playstore atau Appstore.
2. Buka aplikasi dan klik “Open OctoSavers Account”.
3. Klik “Apply Now” > “Begin Application”
4. Pada bahagian “Contact Details”, isi no telefon dan alamat anda. Klik “Request SMS OTP Code” untuk pengesahan no telefon. Masukkan no OTP yang dihantar.
5. Sahkan identiti anda dengan mengimbas bahagian depan dan belakang kad pengenalan, serta gambar swafoto > “Confirm Details”.
6. Seterusnya isi borang permohonan (bahagian Application Form) untuk pembukaan akaun. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Save and Continue” > “Confirm Details”.
7. Masukkan deposit (amaun minima RM20) ke akaun anda. Pastikan anda memasukkan deposit tersebut melalui akaun bank lain atas NAMA ANDA SENDIRI untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.
8. Setelah semua selesai, klik “Submit and Apply”.
9. Langkah terakhir adalah dengan mendaftar CIMB Clicks (perbankan online). Kad Debit akan dihantar kepada anda. Anda boleh aktifkan kad debit melalui CIMB Clicks atau rujuk gambar dibawah.
Sekiranya anda adalah merupakan pengguna CIMB, anda boleh rujuk langkah-langkah dibawah untuk membuka akaun simpanan CIMB OctoSavers.
1. Layari laman web rasmi CIMB CLICKS: www.cimbclicks.com.my
2. Klik “Apply & Invest” > “Savings Accounts” dan klik “Apply”.
3. Sahkan FATCHA & PEP.
4. Lengkapkan borang permohanan (e-form).
5. Mohon TAC dan sms akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan untuk pengesahahan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi CIMB di pautan berikut: https://www.cimb.com.my/octosavers