Cara Tukar Transfer Limit Maybank2u Dengan Mudah

Cara Tukar Transfer Limit Maybank2u Dengan Mudah | Bagi pengguna Maybank2u, anda pasti tahu mengenai limit transfer yang anda set kan semasa membuat pendaftaran. 

Namun, adakalanya transfer limit yang disetkan terlalu rendah sehingga menyebabkan transaksi gagal. Sudah pasti perkara ini amat menyusahkan anda. 

Usah risau, anda boleh rujuk cara tukar transfer limit maybank2u dengan mudah seperti yang dikongsikan di bawah. 

BACA JUGA: Cara Semak Rekod CCRIS / eCCRIS Online Tanpa Ke Bank

Maybank2u

Maybank2u adalah merupakan sebuah aplikasi perbankan secara dalam talian yang diwujudkan untuk memudahkan pengguna Maybank membuat pemindahan wang, pembayaran bil, memeriksa baki akaun semasa dan simpanan, serta pelbagai lagi. 

Aplikasi ini telah dinaiktaraf untuk mengukuhkan keselamatan perbankan dalam talian pengguna dengan memindahkan Secure2u ke aplikasi MAE.

Secure2u pada aplikasi M2U MY tidak lagi dapat digunakan untuk meluluskan transaksi.

Anda perlu aktifkan Secure2u pada MAE kerana ia akan menjadi satu-satunya kaedah pengesahan untuk meluluskan transaksi yang dilakukan melalui laman web Maybank2U, aplikasi M2U MY, aplikasi MAE, dan kad debit/kredit Maybank (urus niaga kad dalam talian).

Walaubagaimanapun, anda masih boleh kekal menggunakan Maybank2u untuk mengubah transfer limit anda. 

BACA JUGA: MAE Maybank: Cara Daftar, Aktifkan QR PAY, Split Bill & Buat Tabung Simpanan

Had Limit Maybank2u

Cara Tukar Transfer Limit Maybank2u Dengan Mudah

Berikut adalah had limit transaksi pemindahan wang melalui Maybank2u yang telah disetkan secara automatik:

  • Pindahan wang ke akaun pihak ketiga – RM3,000
  • Pindahan wang antara Bank GIRO – RM3,000
  • Pindahan wang antara bank Segera – RM3,000
  • Pindahan Telegrafik Asing – RM10,000
  • Pindahan DuitNow – RM3,000

Namun, sekiranya amaun transaksi anda melebihi amaun di atas, anda perlu membuat penukaran limit terlebih dahulu.

Cara Tukar Transfer Limit Maybank2u

Cara Tukar Transfer Limit Maybank2u Dengan Mudah

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk menukar transfer limit Maybank2u dengan mudah:

  1. Log masuk dengan akses Maybank2u anda atau layari laman web Maybank2u di pautan berikut: Maybank2u.com.my
  2. Pergi ke ‘Tetapan’
  3. Pilih ‘Bayar & Pindahan’
  4. Pilih ikon pensel dan jenis pemindahan.
  5. Pilih ‘Had Pemindahan’ daripada menu lungsur turun.
  6. Pilih ‘Simpan Perubahan’
  7. Permintaan untuk ‘Pengesahan Selamat’ atau ‘SMS TAC’
  8. Pilih ‘Sahkan’ untuk menyelesaikan pembayaran.

Anda boleh memilih untuk membuat penukaran limit untuk semua kategori transaksi atau kategori tertentu sahaja seperti yang diingini.

Rujuk video di bawah untuk memudahkan anda faham. 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari laman web Maybank2u melalui pautan berikut:

https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/frequent_queries/fund_transfers/change-limit-via-m2u.page

NOTA: Dapatkan buku Enam Angka Menjelang Disember untuk membantu anda menguruskan kewangan dengan bijak!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: