Koleksi Ayat Pickup Line Sweet & Lawak – Pasti Si Dia Tertawan!
Ayat Pickup Line memang selalu sangat digunakan lebih-lebih lagi oleh generasi muda zaman sekarang ni. Macam-macam ayat pickup line yang direka dengan sangat kreatif. Ada yang lawak dan tidak kurang juga yang manis bak madu!
Biasanya ayat pickup line digunakan sebagai gurauan untuk memecahkan suasana atau untuk menarik perhatian terutamanya dalam perbualan bersama orang yang disayangi. Senang cerita, guna untuk mengorat lah.
Berikut dikongsikan koleksi ayat pickup line bahasa melayu yang lawak dan ‘sweet’ untuk anda jadikan rujukan kelak. Semoga dapat menawan hati si dia!
BACA JUGA: Idea Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Suami & Isteri
Pickup Line Melayu Padu, Lawak, Sweet (Untuk Lelaki & Perempuan)
1. “Nama penuh awak apa ya?” – “Nama saya Adam/Hawa, tapi kalau nak panggil baby pun boleh”.
2. “Awak nak tahu tak apa kelebihan import eksport yang sebenarnya?” – “Selain dapat memperluaskan pemasaran, ia juga dapat memperluaskan cinta saya pada awak”
3. Apa beza awak dengan sardin?” – “Sardin dalam tin, awak dalam hati saya.”
4. “Saya cinta awak dalam bahasa inggeris apa?”
– Bila si dia jawab “I love you?” , awak balas la balik: “I love you too!”
5. “Dalam banyak-banyak malam malam apa yang paling seram?” – “Malam-malam I tanpa U.”
6. “Pernah tak orang cakap awak ni macam google?” – “Sebab awak ada semua yang saya cari selama ini.”
7. “Dalam banyak-banyak cuka, cuka apa yang manis?” – “Saya cuka awak”
8. “Can you be my bulan? But the ‘lan’ is silent. My boo.”
9. “Apa beza baju bundle dengan you?”- “Kalau baju bundle, kita panggil prelove.
Kalau you, I panggil my love.”
10. “You atlet ke?” – “Sebab I penat kejar you.”
11. “Ada banyak benda yang kita tidak boleh kira dalam dunia ini. Antaranya, jumlah bintang di langit, jumlah ikan di laut dan satu lagi?” – “Jumlah cintaku padamu.”
12. “Saya ni bukanlah penderma organ, tetapi saya rela bagi hati saya pada awak.”
13. “Saya takutlah” – “Takut kehilangan awak” cia cia cia
14. “Awak boleh tolong saya tak?” – “Sebab saya ‘terjatuh’ hati dekat awak”
15. “Awak dah sampai ke?” – “Sampai ke hati saya.”
16. “Awak tahu tak beza awak dengan banduan?” – “Banduan terperangkap dalam penjara, awak terperangkap dalam hati saya.”
17. “Awak kerja dekat kedai bunga ke?” – “Sebab bila saya tengok awak, hati saya berbunga-bunga.”
18. “Awak tahu tak apa beza awak dengan toyol?” – “Kalau toyol curi duit, awak curi hati saya.”
19. “Tahu tak, sampai sekarang saya masih belum boleh membaca.” – “Baca isi hati kamu…”
20. “Rumah apa yang paling indah?” – “Rumah paling indah adalah rumahtangga yang bakal kita bina.”
21. “Saya nak minta sesuatu boleh?” – “Minta-minta lah awak jodoh saya”
22. “Boleh tak saya nak berbuka puasa dengan awak?” – “Setahu saya, sunat untuk berbuka puasa dengan benda manis ni.”
23. “ Kalau awak tutup mata awak nampak apa? Gelapkan?” – “Haa..Macam tu lah hidup saya tanpa awak.”
24. “Awak suka makan ketupat” – “Sebab awak buat hati saya melompat-lompat”
25. “Buat apa nak pilihan raya kalau awak pilihan hati saya.”
26. “Awak ni ais ke?” – “Sebab ‘aisee’ my future with you”
27. “Nama awak farah?” – “Patutlah saya tak boleh stay ‘faraway’ from you”
28. “Tahu tak kenapa buah ni masam?” – “Sebab manisnya semua ada dekat awak”
29. “Awak nak buka (puasa) apa?” – “Kalau tak tahu, awak boleh buka pintu hati saya”
30. “Awak nak jadi superman tak?” – “Saya tak nak. Saya nak jadi yourman je.”
BACA JUGA: Contoh Ucapan Hari Guru, Pantun & Puisi – Selamat Hari Guru!