Cara Check Saman JPJ & Pembayaran Online Di Portal MySikap

Cara Check Saman JPJ Dan Bayar Online Melalui Portal MySikap

Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ menawarkan diskaun 80% bagi kompaun saman yang boleh dikompaun.

JPJ juga menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Kalau anda ada saman JPJ, jom ambil peluangkan ‘clear’kan saman anda ok!

Pembayaran juga boleh dibuat di booth JPJ di KLCC, kaunter pejabat JPJ seluruh Malaysia, kiosk dan Portal JPJ.

Bagi yang malas nak bersesak di kaunter, di sini kami kongsikan cara buat semakan saman dan pembayaran melalui Portal MySikap JPJ secara online.

Cara Check Saman JPJ Online & Buat Pembayaran Online Di Portal MySikap

1.Log masuk ke Portal JPJ MySikap

Sila ke pautan public.jpj.gov.my

Jika anda belum mendaftar sebagai pengguna, sila rujuk cara pendaftaran & login kali pertama:

MySikap JPJ: Panduan Daftar Pengguna Kali Pertama Tanpa Ke Kaunter

2. Klik Kesalahan & Penalti

Check saman jpj

3. Pilih Jenis Semakan untuk melihat jenis saman

Check saman jpj

4. Klik Pembayaran Saman sekiranya terdapat saman

Buat pembayaran atas talian menerusi kaedah yang disediakan

Selesai, cetak slip sebagai bukti simpanan

Apakah MySikap?

Melalui portal ini, kita boleh renew lesen JPJ online dan melakukan banyak lagi transaksi secara dalam talian untuk urusan melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

Antara transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal MySIKAP adalah seperti berikut:

  1. Kenderaan :
    • memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM),
    • memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu,
    • pindah milik sukarela,
    • membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta
    • kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.
  2. Lesen Memandu :
    • Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
    • rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
    • penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia,
    • kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.
  3. Kesalahan dan Penalti :
    • Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.
    • Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
  4. Pengurusan Profil :
    • Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.
  5. Perkhidmatan Lain :
    • Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj,
    • kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM.

Maklumat lanjut, sila rujuk

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: