TBS Online: Cara Beli Tiket Bas Online TBS

TBS Online: Cara Beli Tiket Bas Online TBS ~ Berita baik buat pengguna yang sering menggunakan perkhidmatan bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), kini anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mendapatkan tiket bas atau menebus tiket yang telah dibeli secara dalam talian. 

Dengan adanya kemudahan TBS Online, urusan pembelian tiket bas dapat dilakukan dengan lebih pantas dan mudah hanya melalui aplikasi atau secara online. 

Setiap pembelian tiket secara online/ melalui aplikasi ini akan didatangkan dengan kod QR yang anda boleh scan untuk memasuki platform bas anda.

Baca info lebih lanjut mengenainya melalui perkongsian di bawah ini. 

TBS Online

Melalui kemudahan TBS Online ini, penumpang bas boleh membeli tiket melalui salah satu kaedah berikut:

  • Laman web eTicketing
  • Aplikasi mudah alih TBS-BTS

Anda bukan sahaja boleh membeli tiket secara dalam talian/melalui aplikasi, malah platform ini juga membolehkan anda mendapatkan pas QR untuk anda imbas masuk ke ruang pelepasan tanpa perlu bersusah payah untuk beratur lagi.

BACA JUGA: Ujian Memandu Percuma Untuk Kelas B2,Teksi, Bas, eHailing

A. Cara Beli Tiket Bas Online TBS – Melalui Aplikasi TBS-BTS

Ikuti langkah di bawah untuk membeli tiket bas menggunakan aplikasi TBS-BTS: 

1. Sila muat turun aplikasi TBS Online (TBS-BTS) melalui Google Play Store atau Apple App Store.

2. Kemudian, daftar akaun anda untuk mula buat pembelian.

3. Pilih tarikh perjalanan, masa, lokasi pelepasan dan destinasi.

4. Kemudian, pilih bilangan penumpang.

5. Seterusnya, pilih jenis trip sama ada secara sehala atau pergi balik.

6. Pilih tempat duduk mengikut kekosongan yang ada.

7. Akhir sekali, lakukan bayaran secara online.

8. Selesai. Pembelian tiket bas anda berjaya. 

Ciri-Ciri Aplikasi TBS-BTS

Selain menawarkan kemudahan pembelian tiket bas online, aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk:

  • Semak status transaksi
  • Sejarah pembelian tiket bas
  • Pas pelepasan kod QR (penumpang hanya perlu scan kod QR yang disediakan gate masuk, tanpa perlu beratur untuk print tiket bas seperti sebelum ini).
TBS Online: Cara Beli Tiket Bas Online TBS
TBS Online: Cara Beli Tiket Bas Online TBS
TBS tiket bas online
TBS tiket bas online
TBS Online: Cara Beli Tiket Bas Online TBS

B. Cara Pembelian Tiket Bas – Melalui Web eTicketing

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membeli tiket melalui laman web TBS Online:

  1. Layari laman web e Ticketing TBS melalui pautan berikut: https://eticketing.tbsbts.com.my/ 
  1. Klik “Sign Up” di bawah borang log masuk.
  1. Pengguna pertama dikehendaki mendaftarkan akaun bagi memudahkan anda melihat dan menyimpan segala transaksi pembelian tiket.
  1. Bagi yang sudah mempunyai akaun, anda boleh terus log masuk.
  1. Pilih tarikh perjalanan.
  1. Pilih lokasi pelepasan.
  1. Pilih destinasi.
  1. Pilih bilangan penumpang.
  1. Pilih jenis trip (sehala atau pergi balik).
  1. Pilih tempat duduk.
  1. Lakukan bayaran secara dalam talian

SOP Pembelian Tiket Luar TBS-BTS:

  •  Tiada kod QR GoPass, sila ke kaunter Pas Masuk Bas A – H (lampu hijau).
  •  Ada kod QR Go Pass, terus imbas kod QR Go Pass di pintu pelepasan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, mengenai perkhidmatan TBS Online, sila hubungi talian berikut: +603-90512000

Anda juga boleh menghantar aduan atau ajukan pertanyaan melalui emel ke alamat berikut:  [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: