in

Ujian Saringan HIV Praperkahwinan 2021: Borang, Klinik & Prosedur

ujian saringan hiv perkahwinan
ADVERTISEMENT

Penggunaan Borang Baharu Untuk Permohonan Ujian Saringan HIV Bagi Praperkahwinan Islam berkuatkuasa 1 Januari 2021.

Bakal pengantin boleh memuat turun borang ujian saringan dari pautan di bawah ini:

http://jknselangor.moh.gov.my/images/2020/borang/saringanhiv.pdf

ujian saringan hiv praperkahwinan

NOTA: Borang ini perlu diisi dalam 2 salinan dan dibawa ke Klinik Kesihatan semasa menjalani Ujian Saringan HIV Praperkahwinan.

Ujian Saringan HIV PraPerkahwinan

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma.

Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.

Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

Baca juga: Cara Semak Wang Tak Dituntut Online Di Jabatan Akauntan Negara (eGUMIS)

Prosedur Ujian Saringan HIV Praperkahwinan Di Klinik Kesihatan Kerajaan

  • Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta  melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.
  • Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
  • Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan  ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
  • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
  • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 – 6 bulan.

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian  pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
  • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
  • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

Baca juga: THiJARI: Cara Buat Rayuan Haji Online. Lagi Mudah & Cepat!

Di Mana Boleh Buat Saringan?

Saringan boleh dibuat di mana mana klinik kesihatan berdekatan dengan anda.

Setiap klinik ada waktu berbeza untuk saringan ini, sesetengah klinik memerlukan temujanji terlebih dahulu dan ada klinik yang menerima kes ‘walk in’.

Pilih klinik anda dan ikut prosedurnya.

APA YANG SAYA PERLU BAWA?

Bawa kad pengenalan anda atau passport (untuk warga asing) dan terus ke kaunter pendaftaran kami di klinik.

Nyatakan yang anda ingin buat saringan HIV pra-perkahwinan.

Bayaran yang dikenakan adalah RM1 untuk warganegara Malaysia dan RM90 untuk warga asing (Daftar RM40 + ujian HIV RM50).

Borang ujian HIV akan diberi oleh klinik.

Borang persetujuan menjalani ujian saringan HIV ini adalah mengikut jabatan agama islam negeri. Jika anda nikah di Selangor, borang akan disediakan oleh klinik negeri Selangor.

Jika anda nikah di luar selangor, anda perlu mengambil borang tersebut di Jabatan Agama Islam tersebut terlebih dahulu.

Setelah mengisi borang berkaitan, terus ke bahagian bilik 5. Sila letak borang itu di dalam bakul yang disediakan di luar bilik 5 dan tunggu untuk dipanggil oleh staff kami. Darah akan diambil dari hujung jari menggunakan lancet.

Keputusannya pula akan mengambil lebih kurang 5 minit saja!

(Kredit: Klinik Kesihatan Meru Selangor)

ujian saringan hiv praperkahwinan

SENARAI KLINIK KESIHATAN DI SELANGOR YANG MENJALANKAN UJIAN SARINGAN HIV (PRA-PERKAHWINAN/AVT/MSA/STD/VCCT)

PKD KLANG

  • KK KAPAR* 32508355
  • KK MERU* 33921355
  • KK PANDAMARAN* 31658770
  • KK PULAU KETAM 31104206
  • KK PULAU INDAH 31012035
  • KK PELABUHAN KLANG* 31658459
  • KK BUKIT KUDA* 33488174
  • KK ANIKA KLANG* 33748019
  • KK BANDAR BOTANIK* 33244260
  • KK RANTAU PANJANG 33718025

PKD KUALA LANGAT

  • KK SIJANGKANG 31226686
  • KK TELOK DATOK* 31871117
  • KK KANCHONG DARAT 31871934
  • KK TANJUNG SEPAT 31972880
  • KK TELOK PANGLIMA GARANG* 31227433
  • KK JENJAROM 31913066
  • KK BUKIT CHANGGANG 31491355
  • KK BANDAR 31201333

PKD GOMBAK

  • KK RAWANG* 60916353
  • KK KUANG 60371355
  • KK BATU ARANG 60352287
  • KK AU2 KERAMAT* 42579466
  • KK SELAYANG BARU* 61878564
  • KK GOMBAK SETIA* 61896927
  • KK TAMAN EHSAN* 62727471
  • KK SG BULOH* 61576775

PKD KUALA SELANGOR

  • KK TANJUNG KARANG 32698335
  • KK KUALA SELANGOR* 32891142
  • KK JERAM* 32647075
  • KK IJOK 32791167
  • KK BESTARI JAYA* 32719151

PKD HULU LANGAT

  • KK SEMENYIH 87238355
  • KK BATU 9, CHERAS* 90758046
  • KK BERANANG 87667577
  • KK BATU 14 HULU LANGAT 90211414
  • KK AMPANG* 42923332
  • KK KAJANG* 87395764
  • KK BANDAR BARU BANGI* 89258707
  • KK SUNGAI CHUA* 87335773
  • KK BANDAR SERI PUTRA* 89258518
  • KK BALAKONG 89612040
  • KK SG SEKAMAT 87336312

PKD HULU SELANGOR

  • KK ULU YAM BHARU 60751261
  • KK SOEHARTO 60461003
  • KK RASA 60573246
  • KK KALUMPANG 60491426
  • KK SERENDAH* 60812500
  • KK SELISEK 05-4541352

PKD SABAK BERNAM

  • KK SUNGAI BESAR* 32241358
  • KK SEKINCHAN* 32410331
  • KK BAGAN TERAP* 32162722
  • KK PARIT BARU 32136223
  • KK SUNGAI AIR TAWAR 32136227
  • KK SABAK BERNAM 32161355

PKD PETALING

  • KK PUCHONG* 80611814
  • KK SERI KEMBANGAN* 89455929
  • KK SHAH ALAM SEKSYEN 7* 55186531
  • KK SHAH ALAM SEKSYEN 19* 55413570
  • KK KELANA JAYA* 78045001
  • KK TAMAN MEDAN* 77819001

PKD SEPANG

  • KK SG PELEK* 31411242
  • KK SALAK* 87061302
  • KK DENGKIL 87686355

Klinik di Wilayah Persekutuan KL boleh rujuk senarai INI dan lain-lain negeri boleh dirujuk di Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan Ujian Saringan HIV Praperkahwinan, sila rujuk di Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing dan Klinik Kesihatan terdekat anda.

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

cara transfer cimb ke tabung haji

Cara Transfer Duit CIMB Ke Tabung Haji Setiap Bulan Secara Automatik

Cara Bayar PTPTN Guna Duit KWSP (Akaun 2). Senang Je!