Apa itu Selawat Jibril, Terjemahan Serta Kelebihannya

Selawat Jibril, Terjemahan Serta Kelebihannya ~ Adakah anda pernah dengar mengenai selawat Jibril? Apakah kelebihan mengamalkan selawat ini dalam kehidupan seharian?

Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk memperbanyakkan selawat sebagai tanda ingatan dan kasih kepada nabi serta bagi memperoleh syafaatnya. Salah satu jenis selawat yang digalakkan untuk diamalkan ialah selawat Jibril. 

Mari baca perkongsian dibawah mengenai apa itu selawat Jibril, terjemahannya serta kelebihan mengamalkannya. 

Apa itu Selawat Jibril?

Selawat Jibril adalah merupakan bacaan selawat untuk Nabi yang penuh makna dan mudah untuk diamalkan kerana ia terdiri daripada kalimah yang singkat. 

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab, ayat 56:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah serta malaikat-malaikatNya telah berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi serta ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Membaca selawat bukan hanya digalakkan kepada manusia sahaja tetapi untuk malaikat juga seperti firman Allah di atas. Ia bertujuan untuk mendoakan, memuji, dan memohon keberkahan kepada Allah SWT untuk Nabi Muhammad SAW. 

BACA JUGA: Maksud Bacaan Dalam Solat – Lebih Khusyu’ Jika Tahu Makna!

Bacaan Selawat Jibril (versi pendek)

selawat jibril

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan keluarganya dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.”

Bacaan Selawat Jibril (versi panjang)

selawat jibril

Maksudnya: “Semoga Allah melimpahkan selawat atas Muhammad, selawat atas keluarga serta keselamatan atasnya. Engkau bagai matahari, engkau bagai bulan purnama. Engkau cahaya di atas cahaya. Engkau bagaikan emas murni yang mahal harganya. Engkaulah pelita hati. Wahai kekasihku, wahai Muhammad. Wahai pengantin tanah timur dan barat (sedunia). Wahai Nabi yang dikuatkan (dengan wahyu). Wahai Nabi yang diagungkan, wahai imam dua arah kiblat.”

Kelebihan

Seperti bacaan selawat-selawat yang lain, selawat ini turut mempunyai kelebihan yang sama kepada sesiapa yang mengamalkannya seperti:

  • Mendapat syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak
  • Menjadi insan yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat
  • Diampunkan dosa dan diangkat darjatnya oleh Allah
  • Dimakbulkan segala doa
  • Diberikan kecukupan hidup oleh Allah
  • Allah membalas selawat hamba Nya
  • Mendapat pahala
  • Menenangkan serta menghilangkan rasa risau dan dukacita

Kesimpulan

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ilmu berguna untuk anda. Marilah kita amalkan selawat ini dalam kehidupan seharian.

Untuk memudahkan dan agar tidak terlupa untuk mengamalkannya, anda boleh tampalkan selawat ini di mana-mana tempat yang mudah dilihat atau dapatkan hiasan dinding dengan tulisan selawat ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: