Panduan Sujud Syukur & Sujud Tilawah (Sajdah)

Pernahkah anda dengar tentang sujud syukur dan sujud tilawah / sujud sajadah?

Hukum bagi sujud-sujud ini adalah sunat, dan ia dilakukan atas sebab dan tujuan tertentu.

Ia sebenarnya mudah, namun mungkin tidak ramai yang tahu dan mengamalkannya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang panduan pelaksanaannya.

Sujud Tilawah

Sujud tilawah ialah sujud yang dilakukan apabila seseorang membaca atau mendengar ayat-ayat Al-Quran yang terdapat padanya tempat sujud tilawah.

Sujud ini juga dikenali sebagai sujud Sajdah, kerana ia dilakukan apabila kita membaca atau mendengar ayat-ayat Sajadah, baik dalam solat ataupun di luar solat dengan syarat dan tatacara tertentu.

Jumhur ulama’ menyatakan hukumnya ialah sunat.

sujud syukur TILAWAH

Panduan Pelaksanaan

CARA SUJUD TILAWAH

i) Di dalam solat

  • Disunatkan takbir tanpa mengangkat kedua tangan kemudian terus sujud
  • Membaca tasbih atau doa sujud tilawah ketika sujud
  • Disunatkan takbir ketika bangkit dari sujud tanpa mengangkat kedua tangan dan tidak duduk sebentar
  • Terus membaca ayat seterusnya ketika berdiri

ii) Di luar solat

  • Boleh dilaksanakan secara berdiri atau duduk dengan mengangkat tangan sambil bertakbir kemudian terus sujud.
  • Membaca tasbih atau doa sujud tilawah ketika sujud.
  • Kemudian takbir ketika bangkit dari sujud, duduk sebentar dan beri salam.

BACAAN DALAM SUJUD TILAWAH

PANDUAN VIDEO

Sujud Syukur

Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan oleh seorang hamba apabila mereka mendapat nikmat atau mendengar berita yang menggembirakan atau terselamat dariapda musibah yang datang secara tiba-tiba.

Sujud adalah sebagai ungkapan terima kasih keapda Allah SWT atas nikmat.

sujud syukur TILAWAH

Panduan Pelaksanaan

CARA SUJUD SYUKUR

  1. Niat – sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala
  2. Takbiratul ihram dengan mengangkat kedua tangan
  3. Kemudian bertakbir dan terus sujud tanpa mengangkat kedua tangan
  4. Bacaan tasbih seperti dalam solat ataupun bacaan ketika sujud tilawah
  5. Bangun dari sujud dan memberi salam

PANDUAN VIDEO

Semoga Allah mendidik kita agar bersujud dan bersyukur atas nikmat-Nya.

*Sumber: MyQuranTime, JAKIM

Baca juga: Hukum Membatalkan Puasa Sunat & Puasa Ganti Tanpa Keuzuran

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: