Cara DIY Cup Holder & Tempat Simpan Baju Hujan Untuk Motosikal

IDEA DIY CUP HOLDER & TEMPAT SIMPAN BAJU HUJAN MOTOSIKAL

Mungkin ramai antara kita yang menaiki motosikal setiap hari, sama ada ke tempat kerja atau ada yang bekerja sebagai rider / runner yang sememangnya menghabiskan banyak masa di luar.

Di sini kami paparkan perkongsian idea oleh saudara Soberry Msy yang praktikal untuk pengguna motosikal, iaitu cup holder & tempat simpan baju hujan.

Mungkin ada yang dah cuba dan mungkin ada yang belum pernah terfikir nak buat.

Jom ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah.

DIY Cup Holder & Tempat Simpan Baju Hujan Untuk Motosikal

Untuk abang rider yang menggunakan motorsikal berulang ke tempat kerja hari-hari mesti kena redah cuaca panas, kemudian tu dahaga pula. Sebab saya berulang 100% motor 40 minit hari-hari elak jammed.

Satu lagi saya kongsikan tempat simpanan baju hujan menggunakan PVC.

Detail refer gambar satu persatu ya.

  1. Cup / Drink Holder
  • Beli dari Mr.Diy
  • Ikat guna cable tie

Bila nak guna baru buka. Mudah nak minum air masa daha

2.Tempat Simpan Baju Hujan

  • Paip PVC putih saiz 82mm saya beli 1kaki balik alter ikut panjang mana saiz baju hujan digulung.
  • Cap penutup 2 unit.
  • Tebuk juga di cap dan paip bagi senang buka tutup, tekanan udara di dalam akan buat sukar dibuka.
  • Saya balut dengan sticker carbon Mr Diy.
Baju hujan motosikal

Baju hujan saya simpan di sini senang, bila hujan terus tarik penutup dan ambil dari tepi. Tak perlu buka seat atau kunci penutup tong belakang.

Baju hujan motosikal

3. Penyangkut seat

Penyangkut seat ni saya buat sebab seat tu tersangkut sikit bila dibuka.

Diy Baju hujan motosikal

Beli dari Mr. Diy tali getah yang ada penyangkut tu, balik potong semula sebab asalnya panjang.

Diy tempat simpan baju hujan motosikal

Bolehlah sangkutkan macam ni bila nak buka seat tu nanti.

Siap.

Harapnya idea DIY ni dapat memudahkan pengguna motosikal.

Ini contoh saya pergi pasar malam / beli barang-barang. Masih boleh bubuh banyak barang dalam bakul sebab dah ada tempat khas untuk simpan baju hujan. Sambil tu boleh juga bubuh minuman.

Baju hujan motosikal

Selamat mencuba.

*Kredit perkongsian sumber asal: Soberry Msy

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: