Cara Save Instagram IG Story Dengan Lagu / Muzik

Cara Save Instagram IG Story Dengan Muzik

Buat pengguna media sosial tegar, IG story sudah menjadi keperluan untuk kongsikan aktiviti harian.

Sangat mudah untuk digunakan dan kita juga bebas untuk edit video atau gambar mengikut kreativiti sendiri.

Memang tidak dinafikan Instastory memang cukup menarik. Anda boleh jadikan story lebih menarik dengan menambah text, free drawing atau GIF yang comel-comel !

Penggunaan IG Story juga semakin mendapat tumpuan penggemar media sosial ini selepas ditambah feature terbaru iaitu Instagram Music.

Menerusi feature Instagram Music, anda boleh pilih daripada beribu-ribu lagu tempatan mahupun international mengikut cita rasa masing-masing.

Malangnya, salah satu kelemahan feature ini ialah muzik yang anda letakkan pada story akan hilang bila anda cuba menyimpannya dalam bentuk video.

Bagi membantu anda atasi masalah ini, hari ini kami bakal kongsikan dua cara save IG Story dengan muzik yang anda pilih.

Caranya cukup mudah tanpa memerlukan anda gunakan aplikasi tambahan !

Baca Juga : Cara Delete Akaun Facebook Lama Yang Dah Lupa Password

Cara Save Instagram IG Story Dengan Muzik

Save di Pautan Storysaver.net

Anda boleh ikuti langkah mudah di bawah untuk save Instastory serta muziknya dengan cukup mudah :

  • Buka aplikasi Instagram
  • Pergi ke Instastory anda sudah post dan pilih More
Cara Save IG Story Dengan Muzik
  • Pilih Copy Link
Cara Save IG Story Dengan Muzik
  • Kemudian, buka browser seperti Google Chrome atau sebagainya.
Cara Save IG Story Dengan Muzik
  • Pergi ke pautan storysaver.net
  • Paste link yang anda sudah copy tadi dan pilih download untuk simpan Instastory tadi.

Save Dengan Cara Keep In Chat

Anda juga boleh cuba cara kedua dengan ikuti langkah-langkah di bawah :

  • Buka aplikasi Instagram anda
  • Pergi ke Direct Message dan tulis nama Instagram anda
  • Tekan logo kamera berwarna biru yang terletak di bahagian kiri bawah
Cara Save IG Story Dengan Muzik
  • Muat naik Instastory pilihan anda dan pilih muzik yang anda ingin letakkan.
  • Selepas itu, pilih Keep in Chat.
  • Kemudian, tekan lama-lama di Video yang telah dihantar sehingga keluar More.
  • Pilih save untuk simpan Instastory dengan muzik yang telah dipilih.

Cukup mudah, bukan ?

Sekarang, anda tak perlu anda pening-pening lagi untuk save Instastory kerana kini ada cara yang lebih mudah tanpa memerlukan anda download sebarang aplikasi lain.

Selamat mencuba !

Sumber :

Kotaktekno.com , siraplimau.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: