Resepi Susu Kurma Untuk Sahur. Mudah, Sedap, Bertenaga Masa Puasa!

RESEPI SUSU KURMA HOMEMADE MUDAH, SEDAP & BERKHASIAT

Menjelang bulan puasa beberapa hari lagi, mesti ramai dah sediakan stok makanan untuk bersahur kan?

Antara makanan yang ramai beli tentulah buah kurma kan? Hampir setiap rumah mesti beli sekurang-kurangnya sekotak kurma untuk dimakan sepanjang bulan Ramadan.

Selain memberi tenaga, terdapat banyak khasiat kurma dan juga susu untuk membantu kita bersahur dengan lebih bertenaga.

Di sini kami kongsikan resepi pati kurma bagi sesiapa yang nak cuba bersahur dengan kurma milkshake atau susu kurma. Memang sedap!

Jus kurma susu ini juga sesuai untuk mereka yang sukakan makanan ringkas sewaktu bersahur.

Yalah, kadang-kadang tak sempat nak masak macam-macam awal pagi tu.

Sesetengah orang juga tak selera nak makan masa bersahur. Jadi bolehlah cuba resepi ni ya.

Resepi ini pada asalnya dikongsikan oleh Fa Phong di Facebook. Jom kita tengok resepi beliau selengkapnya di bawah.

Resepi Susu Kurma Untuk Sahur

Nak share resepi pati kurma sesuai untuk minum masa sahur, gerenti bertenaga esoknya

Bahan-bahan:

  • 1 kotak kurma, pilih yang jenis lembut ( saya beli kurma rotab memang lembut biji pun kecik je)
  • Susu segar / susu kotak

Cara-cara:

  1. Asingkan biji kurma ambil isi sahaja
  2. Kukus 20min
  3. Blend/ food processor sampai jadi pes ( saya tak campur air, ini tips nak dapatkan pes kurma yang tahan lama)
  4. Masuk dalam botol, nak simpan peti ais.
  5. Bila nak guna, ambil 1 cawan susu + 1 sudu pati kurma. Menu sahur 5 minit siap!
  6. Menu ni sesuai untuk yang tua yang muda, bahkan anak-anak yang baru nak belajar puasa pun sesuai sangat bagi minum air susu kurma ni

Inilah jus kurma susu yang dah siap dibancuh.

Boleh rujuk langkah bergambar di bawah:

Langkah Bergambar

LANGKAH 1

Ini kurma yang digunakan.

LANGKAH 2

Buangkan bijinya.

susu kurma

LANGKAH 3

Kukus supaya ia lembut dan mudah nak blender nanti.

susu kurma

LANGKAH 4

Kisar pakai blender.

susu kurma

LANGKAH 6

Dah siap kisar bolehlah simpan dalam bekas.

Masa nak guna nanti ambil sesudu untuk dicampurkan dengan susu.

susu kurma

Inilah hasilnya…

Mudah kan?

Selamat mencuba!

Kredit resepi: Fa Phong via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: