Cara Servis & Cuci Mesin Basuh, Hilangkan Habuk, Bau Hapak / Kepam

CARA CUCI MESIN BASUH

Hampir setiap hari kita menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian di rumah. Tapi tahukah anda, mesin basuh juga perlu dicuci tau!

Kenapa perlu kita cuci mesin basuh ni?

Sebenarnya ia adalah antara langkah maintenance untuk kita pastikan kualiti cucian kekal segar, efisyen dan bersih.

Tak adalah baju tu terlekat dengan sabun, habuk atau kadang-kadang kalau anda perasan, baju yang dicuci tu tidak lagi berbau wangi dan segar macam awal-awal kita guna mesin basuh tu dulu.

Jadi, bagaimana cara nak cuci / servis mesin basuh ni?

Cara Servis Drum Mesin Basuh (Soak Tub / Cleaning)

Di sini dikongsikan cara untuk servis drum mesin basuh oleh Ika Hazman.

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh:

  1. Tekan ON
  2. Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.
  3. Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT. **sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.
cuci mesin basuh

Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya.

Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK / TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

cuci mesin basuh

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK / TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul.

Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop.

Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli.

Aduudu..rugi rasanya.

Sebab selama 8 tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK / TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu…

Jadi lepas ni bolehlah cuba ya.

Baca juga: Duit Kertas Rosak Jangan Buang! Ini Cara Nak Tukar Dekat Bank

Bagi yang nak cuci betul-betul dan buka parts dalam washing machine tu, bolehlah rujuk perkongsian seterusnya oleh Ana Mariana ini.

Cara Cuci Mesin Basuh (Buka Drum)

Bagi sesetengah orang yang lebih suka servis mesin basuh secara manual, di sini kami kongsikan langkah untuk buka drum dan cuci sampai bersih!

Ini jenis mesin basuh yang ditunjukkan, jenama Toshiba automatik.

cuci mesin basuh

LANGKAH 1

Buka skru 4 butir.

Angkat tudung atas pon boleh nampak kotoran dekat bahagian atasnya.

cuci mesin basuh

LANGKAH 2

Buka klip tepi.

cuci mesin basuh

LANGKAH 3

Cabut bahagian tengah tu. Dia macam klip.

cuci mesin basuh

LANGKAH 4

Buka skru dalam ni.

cuci mesin basuh

LANGKAH 5

Cabut plastik warna biru ni.

cuci mesin basuh

LANGKAH 6

Cabut 4 butir skru ni pulak.

Nak cabut skru ni kena penuh kasih sayang sebab takut patah.

Mungkin skru ni dah berkarat sebab selalu kena air.

LANGKAH 7

Inilah drum mesin basuh tu. Boleh tengok kotor tak kotor.

Sebab tulah bila kita basuh baju tu dah tak sewangi dulu. Kadang-kadang siap ada kotoran melekat lagi.

Ni pula bahagian bawahnya.

LANGKAH 8

Sental dengan berus bagi keluar semua kotoran tu.

LANGKAH 9

Dah siap… Barulah bersih kan?

Kalau pandai boleh buka sekali plastik penapis habuk dengan lubang air.

Lepas tu pasang semula.

Selesai…

Tips & Panduan Video Viral Di Tiktok

Rujuk video ni kalau nak lagi faham:

CARA BERSIHKAN MESIN BASUH – PART 1

Oleh @alonghazirin

CARA BERSIHKAN MESIN BASUH – PART 2

Oleh @alonghazirin

Selamat mencuba!

Baca juga: Masih Positif Covid Selepas Kuarantin 7 Hari, Ini Penjelasan Doktor

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: