Mudahnya Daftar Nikah, MyKad dan Sijil Lahir Secara Online

Malaysia adalah antara negara yang terus maju dengan Revolusi Industri 4.0. Salah satu teknologi teras Industri 4.0 adalah Kecerdasan Buatan atau dikenali AI.

Melalui AI, sistem diciptakan untuk belajar dari persekitarannya dan menggunakan data tersebut untuk menghubungkan manusia, alat fizikal dan dunia digital.

Pendaftaran Sijil Lahir, MyKad dan Daftar Kahwin semuanya dapat dibuat melalui atas talian bermula tahun 2020.

Disamping tempoh PKPB ni, bukan sahaja ia memudahkan rakyat tak perlu menunggu lama di kaunter ini, bahkan segalanya boleh didapati dihujung jari.

Menurut Pengarah Urusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh, “Sejajar dengan kemajuan teknologi, JPN juga mengambil langkah ke hadapan untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat,” kata beliau ketika Sambutan Hari Jabatan Pendaftaran Negara 2019.

Terkini, terdapat permohonan surat beranak, pengambilan sijil kelahiran, aplikasi MyKad yang berusia 12 tahun, pengambilan MyKad dan pendaftaran perkahwinan untuk orang bukan Islam.

Selain itu, pihak JPN turut akan membangunkan sistem atas talian untuk pendaftaran kematian secara automatik.

“Ini bererti setelah kematian dilaporkan kepada polis, secara automatik akan tercatat dalam catatan kami melalui program integrasi atas talian dengan mereka (polis),” ujar beliau lagi.

Apa-apa pun, setelah permohonan dokumen siap diproses, masih lagi perlu ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk melakukan kutipan dan kemudahan atas talian ini dijangka akan dikuatkuasakan bermula tahun 2021.

Sumber : NST

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: