Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Diedarkan Bermula Esok

Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin dalam satu kenyataanya dalam akhbar Bernama, mulai esok garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah akan mula di edarkan.

Katanya lagi garis panduan pengurusan tersebut bermula dari setibanya pelajar sehinggalah pelajar pulang semula ke rumah.

Garis panduan tersebut telah disediakan secara terperinci bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Pihak sekolah juga di minta untuk membuat persediaan sewajarnya untuk memastikan sekolah dapat di buka sebaik sahaja pihak kementerian mengumumkan pembukaan semula sekolah.

Datuk Dr Noor Hisham Ketua Pengarah Kesihatan bersama Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir serta Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim di lihat telah hadir sama dalam satu lawatan kerja Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Lawatan kerja tersebut telah di buat di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih untuk melihat dan berbincang mengenai garis panduan yang bakal diedarkan nanti.

Dalam lawatan tersebut, Pengetua sekolah terbabit sempat memberikan taklimat mengenai simulasi pengoperasian pengurusan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan.

Langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan.

“Garis panduan yang disediakan pihak KPM adalah hasil kerjasama dengan MKN dan KKM serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain.”

Dr Mohd Radzi juga telah memberi tanggunjawab kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk memainkan peranan penting memantau sekolah bagi memastikan garis panduan yang disediakan dipatuhi sepenuhnya.

“Saya juga akan singgah di sekolah-sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah diadakan dan kita yakin pihak pengurusan sekolah dan juga guru akan bantu kementerian agar garis panduan ini akan dipatuhi,” jelasnya. 

Bagi ibu bapa pula, beliau berharap agar mereka tidak perlu risau menghantar anak mereka ke sekolah.

Namun begitu, ibu bapa juga digesa untuk turut sama memainkan peranan mendidik anak-anak mendisiplinkan diri sekurang-kurangnya dengan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial. 

Walaupun garis panduan pembukaan sekolah akan mula di edarkan esok, pihak kementerian masih belum dapat memberikan tarikh bila sekolah akan di buka semula.

Pihak kementerian beliau, akan memastikan keputusan pembukaan semula sekolah itu dibuat hanya setelah mendapat kata putus hasil kerjasama rapat Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Majlis Keselamatan Negara.

“Apabila KKM dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka… kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah,” katanya.

Pihaknya juga memaklumkan pembukaan sekolah ini kelak hanya melibatkan pelajar tingkatn 5 dan 6 sahaja.

Sebanyak hampir 3,000 sekolah menengah di seluruh negara yang akan di buka.

Sumber : BERNAMA

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: