4 Cara Mudah Ikat Tali Leher Untuk Sekolah & Pejabat. Nampak Segak!

Ada macam-macam cara ikat tali leher untuk ke sekolah dan pejabat – ada yang simple, ada yang agak rumit.

Tapi kalau dah tahu ‘basic’ kita bolehlah cuba gaya lain untuk dipakai setiap hari.

Nampak lebih segak dan kemas bila bertali leher dengan gaya yang sesuai.

Senanglah nanti kalau nak hadiri majlis formal atau temu duga. Kalau anak dah nak masuk sekolah pun kena belajar ikat tali leher juga tau.

Jom cuba beberapa cara ikat tali leher yang kami akan kongsikan di bawah ini!

cara ikat tali leher

Baca juga : Sales Untuk Baju Raya Di Lazada. Jom Sedondon Masa Raya Nanti!

4 Cara Ikat Tali Leher Untuk Sekolah & Pejabat

Ada 4 gaya ikatan tali leher yang sering dipakai iaitu :

  • Gaya Ikatan Four-In Hand
  • Gaya Ikatan Half Windsor
  • Gaya Ikatan Full Windsor
  • Gaya Ikatan Pratt

1. Gaya Ikatan Four-In Hand

Gaya pertama ialah yang paling mudah.

Ia juga sesuai bagi orang yang kesuntukan masa untuk bersiap dengan gaya formal kerana ikatannya yang pantas dan nampak kemas. 

cara ikat tali leher

Kredit Foto : restartyourstyle.com

Cara-cara ikatan : 

  1. Mulakan dengan menyilang tali leher bahagian panjang di atas bahagian pendek. 
  2. Lilitkan bahagian panjang ke belakang.
  3. Lilitkan bahagian panjang lagi sekali dan bawa ke hadapan secara melintang. 
  4. Bawakan bahagian panjang ke atas leher melalui celah ikatan. 
  5. Bawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.

2. Gaya Half Windsor

Gaya Half Windsor ini sesuai bagi yang sudah ikatan gaya Four-In Hand.

Ia juga lebih sesuai untuk majlis formal dan untuk dipakai ke pejabat. 

cara ikat tali leher

Kredit Foto : restartyourstyle.com

Cara-cara ikatan :  

  1. Mulakan dengan menyilang tali leher bahagian panjang di atas bahagian pendek. 
  2. Lilitkan bahagian panjang ke belakang.
  3. Tarikkan bahagian panjang ke atas. 
  4. Bawakan bahagian panjang ke belakang dengan melalui celahan ikatan.
  5. Bawakan bahagian panjang ke secara melintang.
  6.  Bawakan tali bahagian panjang ke atas leher melalui celah ikatan. 
  7. Bawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.

3. Gaya Full Windsor

Gaya ini pula lebih istimewa dan sesuai untuk acara rasmi sahaja.

Ikatannya tebal, lebar dan berbentuk segi tiga dan tidak sesuai untuk digayakan secara kasual.

Gaya Full Windsor ini pula lebih sesuai untuk dikenakan ketika majlis perkahwinan, mesyuarat dan pembentangan penting. 

cara pakai tie

Kredit Foto : restartyourstyle.com

Cara-cara ikatan :

  1. Mulakan dengan menyilang tali leher bahagian panjang di atas bahagian pendek. 
  2. Bawakan tali bahagian panjang ke atas melalui celah ikatan. 
  3. Bawakan tali bahagian panjang tadi ke hadapan. 
  4. Silangkan tali bahagian panjang ke belakang dan lintangkan tali leher. 
  5. Bawakan tali bahagian panjang ke atas. 
  6. Lalukan tali bahagian panjang melalui ikatan pada leher dan arahkan tali leher seperti di langkah keempat.
  7. Bawakan tali bahagian panjang ke hadapan dan lintangkan tali leher. 
  8. Bawakan tali bahagian panjang ke atas seperti langkah kedua. .
  9. Bawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan di leher. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.

4. Gaya Pratt

Gaya ini pula sesuai untuk acara formal dan kasual.

Tali leher gaya ini juga boleh dilonggarkan jika ada temu janji kasual selepas mesyuarat atau waktu kerja habis.

Ambil perhatian lebih bagi gaya ini ya sebab langkah awalnya lain berbanding  gaya yang sudah kita belajar.

cara pakai tie

Kredit Foto : restartyourstyle.com

Cara-cara ikatan : 

  1. Mulakan dengan menyilang tali bahagian pendek di atas bahagian panjang. 
  2. Bawakan tali bahagian panjang ke atas. 
  3. Bawakan tali bahagian panjang ke hadapan dengan melalui celahan di leher. 
  4. Bawakan tali bahagian panjang secara menyilang. 
  5. Bawakan tali bahagian panjang ke atas melalui celahan di leher. 
  6. Bawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan di leher. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.

Bila mengemaskan ikatan tali leher, pastikan panjangnya betul dan sampai ke kancing tali pinggang. Tak terlalu panjang, tak terlalu pendek. 

Kredit Foto : www.accelerate.uofuhealth.utah.edu

Banyak Cara Pakai Tie Boleh Dicuba!

Ikatan tali leher ini perlu rajin dipraktis supaya mudah ingat langkah dan dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Semoga perkongsian di atas bermanfaat untuk diamalkan.

Selamat mencuba! 

Rujukan :

https://restartyourstyle.com/870/how-to-tie-a-tie-easy/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: