in ,

Baucar Pakej Pelancongan Tourism Johor RM100 #YokRoundJohor

ADVERTISEMENT

15,000 baucar percutian di tawarkan dalam waktu terhad dan boleh diperolehi bermula 5 hingga 30 November!

Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor melancarkan kempen “Kenali Johor, Yok Round Johor” untuk menghidupkan semula industri pelancongan di Johor.

Kempen ini disediakan khas untuk anda bagi mendapatkan baucar percutian yang bernilai RM100.00, dengan syarat percutian tersebut di Negeri Johor.

ADVERTISEMENT

Sebanyak 450 pakej pelancongan yang disediakan dari 45 agensi pelancongan yang berdaftar. Pakej pelancongan ini terbahagi kepada 3 kategori, “natural escapade”, “family fun” dan “heritage & culture” yang boleh anda pilih.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Baucar Pelancongan Tourism Johor dan cara membuat penebusan.

Apakah Baucar Pakej Pelancongan Johor?

Baucar pakej pelancongan Johor #YokRoundJohor adalah usaha sama Kerajaan Negeri Johor menerusi Tourism Johor untuk menghidupkan semula industri pelancongan di Johor.

Melalui baucar ini, pengguna boleh menebus RM100 untuk pembelian pakej percutian yang ditawarkan secara online di aplikasi Johor Tourism Interchange atau http://johortourism.my/.

Terma & Syarat

Antara terma dan syarat, termasuklah:-

1) Warganegara Malaysia;
2) Umur 18 tahun ke atas;
3) Satu transaksi untuk setiap pengguna;
4) Pembayaran dilakukan di platform JTI;
5) Promosi tidak boleh ditukar dengan produk lain atau wang tunai;
6) Tempoh bagi kempen ini akan terhenti setelah jumlah baucar yang di tawarkan, habis di beli;
7) Promosi tidak sah dengan baucar, diskaun potongan atau promosi lain.

Tiada baucar tunai atau kombinasi baucar penerimaan dari medium lain yang dibenarkan untuk setiap transaksi.

Baucar boleh ditebus menerusi platform Johor Tourism Interchange (JTI). Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store.

Cara Penebusan Baucar Pelancongan Tourism Johor #YokRoundJohor

Langkah penebusan adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI) di Google Playstore atau Apple App Store atau terus ke laman web http://johortourism.my/
  2. Daftar diri sebagai pengguna aplikasi JTI.
  3. Dapatkan baucar bernilai RM100.00 (terhad kepada 15,000 penebusan terawal sahaja).
  4. Pilih mana-mana pakej pelancongan melalui pakej sedia ada.
  5. Pilih tarikh percutian.
  6. Lengkapkan transaksi pembayaran.

Selesai!

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita menyokong industri pelancongan tempatan di samping berjimat dan meluangkan masa dengan orang tersayang.

Selamat bercuti!

(Sumber: Tourism Johor)

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

‘Masa Ambil Order Tak Ada Cakap Ikan Show’, Seorang Lagi Pelanggan Restoran Siakap Luah Kekecewaan

sspi

SSPI: Semak Status Perjalanan Imigresen Sebelum Ke Luar Negara