Malaysia Heritage Studios, Melaka – Lokasi & Harga Tiket
MALAYSIA HERITAGE STUDIOS : WAKTU OPERASI, LOKASI & HARGA TIKET TERKINI
Kini dibuka kepada orang ramai mulai 18 Disember 2022!
Taman tema ‘edutainment’ inspirasi budaya dan kisah lagenda Malaysia di Melaka. Memang unik dan banyak tempat untuk ‘posing’ dan ambil gambar!
Seolah-olah macam masuk ke alam lain, macam-macam boleh diterokai di sini.
Cuak juga tiba-tiba ada ‘benda’ menegur. Ada watak dan karakter ‘hidup’ yang kita pernah dengar dari cerita nenek-moyang dulu contohnya Hang Tuah, Sang Kelembai, naga Tasik Chini, Puteri Gunung Ledang.
Memberi nafas baru kepada Taman Mini Malaysia, di sini juga ada 13 rumah bertemakan setiap negeri. Rumah ni bukan tengok luar sahaja, boleh masuk dan teroka elemen menarik di dalamnya.
Ayuh, berikut dikongsikan gambar-gambar menarik dan info lebih lanjut tentang Malaysia Heritage Studio dan harga tiket terkini untuk anda yang berminat untuk mengunjungi tarikan terbaru ini.
Apa yang ada di sini?
Boleh tengok poster di bawah.
Lokasi & Waktu Operasi
Lokasi : Malaysia_Heritage_Studios @ Taman Mini Malaysia (https://www.google.com/maps/place/Malaysia+Heritage+Studios/@2.2825225,102.3038778,15z/data=!4m2!3m1!1s0x0:0x300947f16bfa2716?sa=X&ved=2ahUKEwjy-cysyL78AhXATGwGHe0BCpEQ_BJ6BAgrEAg)
Waktu Operasi : 9:00pagi – 6:00petang
Harga Tiket Malaysia Heritage Studios
Harga tiket masuk adalah seperti berikut:
Pelancong Tempatan :
- Dewasa RM36
- Kanak-Kanak RM28
- Warga tua RM28
- OKU RM23
Pelancong Asing :
- Dewasa RM72
- Kanak-kanak RM56
Tiket juga dijual melalui atas talian. Boleh layari link ni kalau nak booking online :
https://www.ticket2u.com.my/mhs/book
Maklumat Lanjut & Promosi Terkini
Untuk mendapatkan maklumat terkini dan update terbaru dari MalaysiaHeritageStudios, sila ikuti perkembangan mereka melalui melalui media sosial rasmi berikut:
- Facebook : https://www.facebook.com/malaysiaheritagestudios
- IG : malaysiaheritagestudios
- Tiktok : malaysiaheritagestudio
Baca juga: