Rupanya Boleh Mandi Pantai Di KL! Ini 25 Aktiviti Menarik Di Philea Mines Beach Resort

Tahukah anda dekat The Mines tu ada satu hotel THE PHILEA MINES BEACH RESORT, SERI KEMBANGAN yang mempunyai pantainya sendiri.

Memang pelikkan ada pantai pulak tengah-tengah bandar?

Sebenarnya ia adalah tasik buatan saja, tapi suasana di sana tak ubah seperti menginap di sebuah beach resort tepi pantai!

Sangat besar hotel ni dan juga pemandangan yang menarik mengadap tasik buatan manusia.

Philea mines beach resort seri kembangan

Dulu kalau pergi kat The Mines Shopping Malls sahaja untuk beli-belah tak pernah sampai kat sini.

Rupanya kat dalam ni ada lagi banyak AKTIVITI yang menarik terdapat 25 tarikan ramai orang tak tahu.

Aktiviti / spot bergambar yang menarik sini seperti :
1) Paradise Bridge / Paradise Arch
2) YOLO Garden
3) Neon Arch
4) I Want To Be Superstar
5) Rainbow Arch
6) Fairy Arch
7) Fairy Waterfall
8) Fantasy Garden
9) Where Your Dreams Come True!
10) Avatar Junction
11) ABC BBQ Area
12) Red Light District
13) Peek A Boo Lane!
14) You’re My Sunshine!
15) Love Tunnel!
16) Look Up! Jelly Fish
17) Love Lane
18) Wishing Well
19) Vroom & Splash
20) Windmill
21) Sand Pit
22) Tiki Tiki Bar
23) Sand Pool
24) Waterfall
25) Kung Fu Panda BBQ Area

Philea mines beach resort seri kembangan

Kalau datang bersama anak-anak boleh mandi-mandi di Sand Pool dan juga menikmati Water Slide yang ada ditengah-tengah pool juga ada itik besar tengah pool tu.

Philea mines beach resort seri kembangan

Selain itu juga kat sini pengunjung boleh berseronok untuk bernyanyi, makan, menonton movie, mendengar live band dan banyak lagi.

Seronok buat pelbagai aktiviti seronok bersama keluarga di sini.

Terkini, The Mines juga mengadakan aktiviti Private Lagoon Pool untuk anda yang inginkan tempat lebih privasi untuk ‘berendam’ dengan anak-anak.

Tak risau bercampur dengan orang lain ketika musim pandemik ini.

Kalau sebut pasal makan kat sini memang banyak pilihan.

Nak cari tempat makan sebenarnya tak susah pun sebab lebih kurang 5-10 minit saja berjalan kaki ke The Mines Shopping Mall tu. Macam-macam ada!

Paling menarik adalah mereka menyediakan ruang untuk anda BBQ nak masak sendiri.

Philea mines beach resort seri kembangan

Juga mereka yang kaki selfie, di sini banyak port menarik yang dicipta untuk korang abadikan dalam sosial media dan sangat rare ok.

Jangan tak tahu, waktu malam pula keadaan di sini akan berubah sangat menarik.

Bukan sahaja kerana makan tapi juga suasana di sini yang diterangi dengan lampu-lampu neon. Tak rasa sunyi tapi lebih meriah bila tiba waktu malam dan aktiviti lebih rancak.

Philea mines beach resort seri kembangan

Baca juga: Zipline Taman Tasik Shah Alam : Harga Tiket Terkini & Waktu Operasi

  • Bilik Classic :
    • (2 KATIL SINGLE / 1 KING)
    • Ada bath tub
  • Bilik Deluxe Plus :
    • (1 KATIL KING)
    • Ada bath tub

Macam mana? Menarik juga untuk percutian kan?

Jadi memandangkan kita pun dah lama tak boleh nak rentas negeri, bolehlah ajak keluarga dan anak-anak ke sini.

Untuk rate terkini dan tempahan, terus ke laman web mereka atau laman sosial Philea Mines Beach Resort:

(NOTA: Sesetengah aktiviti mungkin tidak dapat dijalankan kerana pandemik, tertakluk kepada pengurusan pihak hotel)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: